Sunday, December 5, 2010

Rahsia Bisnes Melayu

Orang Melayu dikatakan tidak pandai berniaga, malah majoriti memilih untuk bekerja makan gaji. Apakah benar Melayu jika berniaga hanya mementingkan keuntungan yang cepat, irihati jika ada bangsa sendiri yang lebih maju, malah sanggup mengenakan sihir ke atas saingan mereka. Sebelum ini biasa kita dengar jika ada satu kedai nasi lemak yang laku disesuatu tempat, tidak lama lagi datanglah 10 kedai nasi lemak yang baru di tempat yang sama. selepas itu bermula dengan bermasam mula sehinggalah sanggup mengenakan sihir dan santau.

Persaingan adalah perkara biasa di dalam perniagaan. Bangsa lain juga bersaingan tetapi tidak lah seperti bangsa Melayu. Berniaga adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Malah kajian sejarah menunjukkan bangsa Melayu sejak sekian lama terkenal dengan pedagang dan pelayar, mentadbir perlabuhan interpot di kawasan Nusantara.

Tapi kini, bangsa lain lebih menonjol di Malaysia dalam bidang perniagaan. Sehingga kini masih tiada buku Rahsia Bisnes Melayu atau seumpamanya seperti Rahsia Bisnes Bangsa lain.


Rahsia Bisnes Orang Cina oleh Ann Wan Seng


Rahsia Bisnes Mamak oleh Muhammad Faisal


Tiadakah Rahsia Bisnes Melayu.

Bagaimanapun di zaman teknologi moden, dengan perkembangan teknologi internet, lain pula caranya.

Baru-baru ini, hasil carian pihak kami di internet telah menemukan paparan seakan akan Promosi Yoyoy Kamphora Spa. Adakah ini kebetulan? Bila dah kena baru lah terasa, kenapakah bangsa ku begini, adakah kerana desakkan hidup yang kian menyempit.

Ini adalah Promosi bertajuk Jualan Runtuh untuk Rawatan Kecantikan Wanita 2010 di blog kami.

 

Ini pula adalah Promosi bertajuk Jualan Runtuh untuk Rawatan Kecantikan Wanita 2010 di blog http://softaesthetics.blogspot.com 

Adakah ini kebetulan?




Promosi kami yang kedua bertajuk Mandi Susu Aura Seri



 Promosi yang sama bertajuk Mandi Susu Aura Seri juga dipaparkan di blog yang sama


 

Promosi yang ke-3 bertajuk
 Rawatan Kecantikan Luar dan Dalam



Promosi yang hampir sama juga di dapati di blog terbabit.




 Berdasarkan maklumat di profile blog terbabit, ini yang didapati.



atau Facebook: Crystal Hati.

Jika hendak dikatakan kebetulan, mana mungkin lebih dari satu yang serupa. Mungkin spa ini menganggap kami sebagai idola. Seperti yang dikatakan sebelum ini, persaingan adalah lumrah di dalam perniagaan, tetapi persaingan tersebut hendaklah secara sihat dan cerdik. Jangan ciplak idea sebijik-bijik sehingga tulisan, font, warna dan ayat semua sama. Olahlah sedikit demi kelestarian perniagaan bangsa sendiri. Akhir kata, majulah untuk agama, bangsa dan negara...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...