Wednesday, December 8, 2010

Petrol Price Increase: Harga Petrol 2010 Naik 5 Sen Gula Naik 20 Sen


Keputusan kerajaan untuk menaikkan harga pam petrol dan diesel perlu diterima seluruh rakyat berikutan harganya sudah diapungkan mengikut pasaran minyak dunia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe.


“Rakyat harus terima kenaikan harga petrol pada kadar yang rendah (lima sen) kerana harga pasarannya melambung dan kerajaan terpaksa menelan belanja yang banyak untuk menanggung subsidi,” katanya kepada Bernama pada majlis Malam Mesra Pemuda dan Wanita Parti Gerakan di Menara PGRM di sini.

Beliau mengulas mengenai pengumuman pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen bagi setiap kilogram Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen bagi satu kilogram gula yang berkuat kuasa Sabtu.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Berhubung kenaikan harga gula, Tan yang juga Ketua Wanita Gerakan berkata peniaga tidak harus mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berganda termasuk menaikkan harga makanan dan minuman sementara rakyat harus mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...