Perawatan tubuh badan sebelum bergelar raja sehari sememangnya perlu apatah lagi sekiranya wanita berkenaan tidak pernah melakukan rawatan kecantikan tubuh badan, dan ia sebenarnya menjurus kepada aspek kecantikan dan keyakinan diri.
Mencantikkan diri daripada hujung rambut ke hujung kaki ibarat ‘mencuci’ serta mengembalikan kecantikan dan mulus kulit, yang sebelum itu mungkin tidak begitu dititikberatkan, tidak diberikan perhatian sewajarnya dan tidak pula dilakukan secara teratur.
Pakej ditawarkan di spa untuk pengantin baru, biasanya menjangkau hingga ke tempoh tiga jam dan dilakukan untuk beberapa kali sebelum majlis berlangsung. Pakej pra perkahwinan umpamanya dijalankan untuk dua hingga tiga hari sebelum majlis. Ia membabitkan perawatan spa dan tubuh badan, perawatan wajah, mandian dan serta perawatan kuku tangan dan kaki.
Kebaikan rawatan ini kerana ia dilakukan secara intensif dan perawatan ini paling cepat untuk membolehkan seseorang wanita itu mendapat ‘hasilnya’. Antara kebaikan diperoleh menerusi rawatan ini apabila wanita berkenaan mengenakan solekan, ia akan kekal lebih lama pada wajah kerana kulit sudah menjadi halus, dan sel-sel mati yang ada sudah dihilangkan menerusi proses rawatan.
Wanita sebenarnya lebih istimewa kerana banyak perhatian akan tertumpah kepadanya, daripada tutur bicara, alun langkah hinggalah ke bau tubuh. Pengantin yang bersedia sudah pasti lebih berkeyakinan berbanding yang bersiap ala kadar untuk hari bersejarah itu.
Tegasnya, perawatan tubuh seperti ‘ratus’ iaitu diasapkan bahagian sulit, satu lagi amalan dan kepercayaan yang amat perlu dilakukan wanita kerana perawatan yang mengambil masa hingga 20 minit itu boleh mengubati keputihan, selain mengharumkan bahagian sekitarnya supaya baunya lebih menyenangkan untuk menghadapi malam pertama.

No comments:
Post a Comment