Walaupun manusia kini semakin kurang menjalankan aktiviti fizikal berat hasil bantuan mesin dan teknologi moden, tidak dapat disangkal kebanyakan daripada kita yang sering berasa letih, lesu, sakit-sakit badan atau kekejangan. Ini merupakan antara kesan-kesan jangka panjang tekanan yang ditanggung badan yang menahan beban berterusan.
Postur ketika duduk, berdiri, bersandar, tidur, mengangkat barang mahupun akibat kecederaan bukan hanya memberi kesan pada otot malahan tulang dan sendi. Seperti tayar kereta, sistem badan manusia juga asalnya mempunyai pelarasan seimbang sama ada pada tulang, otot mahupun sendi bagi mengimbangkan beban yang ditanggung dan mengelakkan kecederaan.
Jika otot, sendi dan tulang mula berasa sengal, sakit atau kekejangan tanpa sebab, ia mungkin menandakan pelarasan semula jadinya sudah tidak seimbang. Ini mungkin berpunca daripada penyakit tertentu atau akibat peralihan susunan tulang, kekuatan otot serta keanjalan sendi.
Tubuh manusia boleh kita ibaratkan dengan sebuah kereta. Jika kita sedang memandu dan didapati stering bergoyang (shaking). Bila dihantar kepada mekanik, bukan stereng yang rosak tetapi tayar yang sudah lari dari alignment. Tayar yang tidak seimbang boleh menyebabkan stereng bergoyang. Begitu juga dengan kiropraktik kita melihat secara fizikal” ujar Dr. Andre yang berasal dari Afrika Selatan ini.
Semasa penyelarasan, kiropraktor akan gunakan tangan dalam mengenakan tekanan pada sendi-sendi, menekannya melebihi julat gerakkan normalnya. Biasanya penyelarasan ini akan diikuti dengan bunyi-bunyian ‘pop’ dan ‘krak’ (insyallah tak patah, bunyi tulang selisih je).
Kiropraktor juga mungkin akan mengurut dan membuat regangan untuk merehatkan otot-otot yang menguncup atau tersimpul (kata orang lama). Ramai juga yang menggunakan rawatan tambahan seperti ‘ultrasound’, ‘electrical muscle stimulation’ dan senaman-senaman tertentu.
No comments:
Post a Comment