Monday, October 29, 2012

Facial Treatment in KL at Yoyoy Kamphora Spa


Wanita perlu menjaga kesihatan kulit muka agar sentiasa nampak muda jelita.Bagi wanita yang mengutamakan kecantikan, tentu mahu memelihara seri wajah agar nampak sentiasa muda, menawan dan ceria. Ada banyak element yang boleh memudaratkan kesihatan kulit seperti pancaran matahari, asap, habuk dan rutin seharian yang secara tidak langsung menjejaskan kesihatan kulit tanpa kita sedari. Ini menyebabkan kulit muka menjadi gelap,berbintik dan mula berkedut. Rawatan facial menawarkan peluang mendapatkan khidmat juru kecantikan bagi memperbaiki tahap kesihatan kulit muka dengan lebih teliti dan berkesan, berbeza dengan cara yang biasa kita lakukan di rumah. Kaedah dan bahan yang digunakan menjamin keberkesanan rawatan ini. Selain itu facial juga menawarkan teknik rawatan yang selesa, urutan muka dan mampu menenangkan minda anda..


Bilakah kali terakhir anda membuat rawatan facial?

Facial adalah rawatan kulit untuk muka, umumnya dilakukan oleh juru kecantikan(Aestheticians) yang bertauliah.Ia bertujuan merawat,memulihkan dan mengekalkan kualiti kulit.Rawatan facial termasuklah analisa kulit, diikuti siri-siri pembersihan seperti pengelupasan(exfoliation), urutan muka, rawatan stim,rawatan menggunakan Facial Machine dan krim atau bahan pencerah kulit.


Facial bukan sahaja berfaedah untuk kulit muka, bahkan banyak lagi faedah kesihatan lain. Bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan facial mampu menyerap jauh ke dalam kulit, menanggalkan kotoran melekat dan jeragat, mengandungi vitamin sebagai anti kedutan dan melambatkan penuaan, mencerahkan warna kulit, anti oksida, memperbaharui sel-sel kulit yang mati dan merawat kulit yang bermasalah. Facial juga melibatkan urutan muka bagi melancarkan aliran darah dan membantu menenangkan otot di bahagian muka dan kepala.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...