Bajet 2013 yang bernilai RM251.6
billion yang dibentangkan Putrajaya hari ini - berbanding RM252.4
billion — menunjukkan pendapatan kerajaan semakin berkurangan, dan
Malaysia bakal terdedah dengan krisis hutang seperti di Sepanyol, kata
ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini.
Beliau
mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana gagal untuk
menggunakan kemahuan politik yang diperlukan untuk mengelakkan dari
mengalami krisis kewangan yang sama.
“Bajet ini menunjukkan tidak ada kemahuan politik dari kerajaan persekutuan untuk mengubah struktur untuk menguruskan bajet.
“Kita dapat lihat penurunan perbelanjaan dalam pembangunan,” katanya lagi dalam kenyataannya.
Beliau juga mengkritik pentadbiran Najib, dengan berkata tidak serius
dalam menangani hutang kerajaan persekutuan yang semakin meningkat.
“Ini merupakan pelaburan lebih rendah oleh Kerajaan berdasarkan
hasilnya sekarang dan akan mengakibatkan pulangan rendah buat ekonomi
pada masa akan datang,” kata Pua yang mengatakan pendapatan tahun ini
hanya berjumlah RM208.6 billion, manakala hutang dijangka terus
meningkat sebanyak RM502 billion, meningkat 107.4 peratus dari hutang
lapan tahun lalu.
Beliau berkata dari 2003 hingga 2008, hutang negara bertambah dari
21.9 peratus, dari RM10.5 billion, kepada RM12.8 billion, tetapi
melonjak dalam masa lima tahun sebanyak 73.4 peratus.
Hutang kerajaan persekutuan juga dijangka meningkat memandangkan
kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari 51.8 peratus kepada 53.7
peratus, di bawah 55 peratus dari had hutang kerajaan persekutuan, kata
Pua.
Menurut setiausaha publisiti DAP itu, kerajaan juga telah secara
terus menerus memotong perbelanjaan untuk pembangunan “yang akan memberi
kesan kepada ekonomi”.
“Apa yang menakutkan ialah, liabiliti kerajaan dijangka meningkat
pada tahun 2013 kerana projek MRT sebanyak RM53 billion dan juga projek
mega infrastruktur yang lain,” katanya lagi.
Beliau juga memberi perhatian terhadap Sepanyol, di mana negara
Eropah itu berhutang 68.5 peratus dari KDNK dan masih mengalami masalah
krisis ekonomi dan perlu ditebus hutang sebanyak ratusan billion Euro,
yang menyebabkan kehancuran ekonomi kerana menanggung liabiliti dan
tebus hutang bank.
“Kita mesti tidak terjerumus dalam masalah yang sama,” kata Pua lagi.
No comments:
Post a Comment