Yoyoy Kamphora Spa, Kuala Lumpur.
PENAT lelah bekerja seharian sememangnya wajar dibayar dengan meluangkan masa seketika untuk membelai diri di pusat rawatan spa.
Biarpun ada yang berpendapat memperuntukkan masa beberapa jam di spa mungkin membuang masa, tetapi gaya hidup berkenaan semakin diterima kerana ramai yang mempercayai ia terapi terbaik untuk meredakan tekanan.
Kekangan masa dan kesibukan pula biasanya sering dijadikan alasan oleh wanita terutama yang berkerjaya untuk memanja dan mendapatkan rawatan wajah di spa apatah lagi pusat kecantikan biasanya jauh dari kawasan kediaman mereka.
Namun, dengan pembukaan Spa Yoyoy Kamphora terbaru di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini, menepis pendapat segelintir masyarakat yang menganggap pusat rawatan kecantikan hanya tertumpu di kawasan bandar dan hotel mewah.
Apa yang pasti, sebaik saja melangkah masuk ke pusat rawatan kecantikan badan ini, haruman semerbak minyak aroma terapi menyambut mesra kedatangan pengunjung. Bagi yang pertama kali berkunjung ke spa ini, pasti terpukau dengan rekaan dalamannya yang bukan saja tampak indah malah begitu mendamaikan.
Pembukaan spa ini, sebenarnya memberi peluang kepada masyarakat di kawasan berkenaan untuk menikmati rawatan badan di spa terbaik berhampiran kediaman mereka.
Sebelum menikmati rawatan, pelanggan biasanya menunggu seketika di ruang yang disediakan sambil ditemani alunan muzik perlahan. Ia bagaikan membelai perasaan dan memberi ketenangan di fikiran.
Masyarakat moden hari ini berdepan dengan risiko penyakit yang dikatakan sebahagian besarnya berpunca daripada tekanan yang dihadapi dalam kerja serta kehidupan seharian.
Antara cara meredakan tekanan berkenaan adalah membelai diri dengan menjalani rawatan badan di spa yang membantu mengembalikan kesegaran dan kelesuan tubuh.
Rawatan badan seperti urutan yang disediakan di spa sedikit sebanyak mampu membantu menyegarkan badan kerana ini melancarkan perjalanan darah serta oksigen ke seluruh anggota badan.
Urutan yang dijalani juga dapat membantu meredakan ketegangan otot dan menenangkan fikiran selain amat sesuai bagi mereka yang ingin mengekalkan kecantikan luaran serta dalaman.
Selain itu, apa yang istimewa mengenai cawangan Spa Yoyoy Kamphora terbaru itu ialah ia menawarkan perkhidmatan rawatan badan dan kecantikan menyeluruh yang setanding dengan spa yang terdapat di hotel namun dengan harga perkhidmatan berpatutan.
Spa berkenaan menyediakan pelbagai rawatan seperti terapi gelombang air, lulur badan, stim, terapi urutan, meditasi, refleksologi serta rawatan rambut yang menepati cita rasa pengunjung.
Kami mempunyai barisan pakar terapi berpengalaman luas yang akan membantu pengunjung menerusi pelbagai pilihan pakej rawatan.
Biarpun ditawarkan pada harga yang berpatutan, apa yang pasti, mutu khidmat rawatan yang diberikan setanding dengan spa mewah lain kerana kami menggunakan produk 100 peratus daripada bahan semula jadi yang tidak membahayakan kulit atau kesihatan.
No comments:
Post a Comment