Dewasa kini, teknologi semakin canggih, dunia kian maju... tidak ketinggalan juga kepada perubahan yang terjadi kepada diri setiap individu. Masing-masing inginkan kemewahan, kecantikan dan kesempurnaan.
Golongan wanita umumnya, sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik dan bergaya. Ada yang sanggup membelanjakan wang dan kelebihan hidup dengan tujuan menambahkan kecantikan & keserian diri mereka.
Cantik tidak salah..malah keinginan & keperluan perlu dijaga. Antara salah satunya..kebersihan diri & persekitaran. Dengan inisiatif ini, ramai dikalangan wanita sanggup ke spa dan salon kecantikan untuk mengubah segala kekurangan yang ada pada diri mereka ke arah yang lebih baik lagi.
Persoalannya... apakah cara dan situasi yang dilakukan itu menepati kehendak syariat Islam. Perkara ini perlu dipandang serius. Tidak sekali dipandang mudah dan bersahaja..kerana harus diingati setiap yang dikerjakan akan dipersoalkan dan dibentangkan menuju destinasi yang pasti.
MASUK PEMANDIAN AWAM
Maksud pemandian awam : tempat mandi untuk awam, apa yang dinamakan orang sekarang salon kecantikan, spa dan lain-lain.
Padahal Nabi Muhammad SAW telah melarang kaum wanita melepaskan baju mereka diluar rumah (selain rumahnya).
Berkenaan dengan itu, ummul-mukminin Aisyah ra. dengan mengambil dalil dari larangan tersebut menyimpulkan bahawa hukumnya makruh apabila wanita masuk ke pemandian-pemandian itu.
Abil Mulih bin Usamah berkata;
" Para wanita dari penduduk Syam datang ke rumah Aisyah ra, lalu ia bertanya kepada mereka, 'Dari mana kalian?' ' Dari Syam,' jawab mereka. Aisyah bertanya lagi, 'Mungkin kalian datang dari daerah 'al-kurah' yang para wanitanya suka masuk ke pemandian-pemandian awam?' 'Benar,' jawab mereka. Aisyah meneruskan ucapannya, 'Saya mendengar Rasululllah SAW bersabda,
"Tidaklah seorang wanita melepas bajunya di tempat yang bukan rumahnya, kecuali ia telah membuka dan menarik tabir antara dirinya dengan Allah Taala."(Hadith shahih diriwayatkan oleh Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah).
Pada umumnya para pemilik pemandian itu tidak memperhatikan masalah kehormatan dari aurat tubuh wanita. Bahkan mereka digolongkan orang-orang maksiat, memperturutkan hawa nafsu dan bertujuan keji.
Maka tak dapat dihindari lagi, wahai para muslimah, apa yang bakal terjadi ditempat-tempat maksiat tersebut. Wanita membuka auratnya dan antara satu dengan yang lain saling memandang auratnya. Bahkan masalahnya tidak itu saja, para pemilik pemandian itu menggunakan kesempatan untuk menonton tubuh-tubuh yang tidak berpakaian (telanjang) tersebut. Na'udzu billahi min dzalik.
Yang lebih menyedikan lagi, ada sebahagian wanita yang hilang kehormatannya dan rasa malunya dengan meminta para lelaki untuk memicit tubuhnya dirumah-rumah urut. Semua itu tiada lain adalah pintu-pintu zina yang berselindung di sebalik kemajuan.
Maka bagi para muslimah, jauhilah tempat-tempat maksiat itu, yang didalamnya ada pendedahan aurat dan meremehkan kehormatan wanita. Bahkan anda, wahai para muslimah, seharusnya memperingatkan para wanita yang biasa datang ke tempat-tempat tersebut agar meninggalkannya, kerana perbuatan itu termasuk ajaran amar ma'ruf nahi mungkar.
"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~
Sila ke Yoyoy Kamphora Spa untuk mendapatkan rawatan kecantikan dan kesihatan khas untuk wanita. Spa Muslimah ini mempunyai dua cawangan seperti berikut:
1) SELANGOR:
No.19-1 ,Jalan PGN-1A/1, Taman Pinggiran Batu Caves, 68100 Batu Caves, Gombak, Selangor.
2) KUALA LUMPUR:
No. 319 A, Melawati Square, Lorong Kedah, Off Jalan Negara, Pusat Bandar Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
No.19-1 ,Jalan PGN-1A/1, Taman Pinggiran Batu Caves, 68100 Batu Caves, Gombak, Selangor.
2) KUALA LUMPUR:
No. 319 A, Melawati Square, Lorong Kedah, Off Jalan Negara, Pusat Bandar Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment