Thursday, October 6, 2011

Menikmati Suasana Santai Sambil Menjalani Rawatan Kecantikan di Spa

DALAM masyarakat Melayu, amalan berurut, lulur badan dan rawatan wajah menjadi satu kemestian yang bertujuan memberi kesegaran dan mengekalkan kelembapan badan  serta memulihkan organ peranakan dan mengembalikan bentuk badan. 

Bagi rawatan selepas bersalin, biasanya ibu diurut selepas lima hari bersalin, sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali yang dilakukan pada waktu pagi untuk memberi kesegaran badan dan melancarkan peredaran darah. 


Namun kini, selain melakukan amalan tradisional di kampung kebanyakan wanita lebih senang memilih rawatan yang disediakan di pusat kecantikan dan spa yang masih mengekalkan rawatan tradisi seperti berurut dan bertungku.

Selain mendapat manfaat daripada rawatan ini, pelanggan turut menikmati keasyikan alunan muzik yang menenangkan.

Mereka boleh berehat atau membaca sambil menikmati haba yang terhasil daripada bara batuan khas yang rancak mengaktifkan liang peluh. Antara sedar atau tidak, tubuh sudah pun bermandikan peluh walaupun baru saja bersauna.

Memberikan kelegaan pada segenap otot, urat mahupun anggota badan, di Yoyoy Kamphora Spa menawarkan urutan dengan gaya Tradisional Melayu. Keistimewaan urutan ini sama seperti cara tradisional, namun menggunakan minyak aromaterapi serai yang membantu membuang angin, mengurangkan sengal dan lenguh badan. Urutan dilakukan bermula dari kaki sehingga kepala.
Rawatan berurut ini tidak semestinya dilakukan untuk wanita yang baru saja melahirkan anak tetapi untuk sesiapa saja terutama bagi mereka yang mengalami masalah sengal badan atau keletihan melampau.

Yoyoy Kamphora Spa menyediakan pelbagai jenis urutan, lulur badan, rawatan wajah, sauna, jacuzzi, mandi susu, mandi bunga dan rawatn holistik. Rawatan untuk bakal pengantin dan pakej selepas bersalin turut disediakan. Spa di Taman Melawati, Kuala Lumpur dan Spa di Gombak, Selangor merupakan tempat untuk golongan wanita merehatkan diri dan membelai tubuh seluruh badan agar lebih segar.

Rawatan Spa telah terbukti berkesan untuk menggebukan, mencerah dan sekatakan kulit badan agar kelihatan berseri dan awet muda.

Temui kami di cawangan berikut:

1) SELANGOR:
YOYOY KAMPHORA SPA
No.19-1,
Jalan PGN-1A/1,
Taman Pinggiran Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Gombak, Selangor.

Phone :
03-6184 1455
03-4146 4378
012-308 4479


2) KUALA LUMPUR:
YOYOY KAMPHORA SPA
No. 319 A,
Melawati Square,
Lorong Kedah,
Off Jalan Negara,
Pusat Bandar Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur.

Phone :
03-4147 4479
03-4146 4378
012-308 4479


Email : mail@yoyoyspa.com
Website: www.yoyoyspa.com
Blog: www.yoyoyspa.blogspot.com
Facebook: www.facebook.com/yoyoyspa
Twitter: www.twitter.com/yoyoyspa


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...