Thursday, November 25, 2010

Urutan Menaikkan Seri Wajah Bakal Pengantin

KALA bersanding di pelaminan indah, pastinya semua mata memberi tumpuan. Bukan saja terpesona pada busana indah berjahit labuci dan jemeki, juga pada pelamin mewah dengan hiasan moden.

Paling penting, senyuman mempelai yang tentunya menjadi perhatian tetamu. Sebagai raja sehari, setiap wanita mahukan kesempurnaan pada hari bahagia mereka bukan saja dari segi luaran, namun kecantikan dalaman yang menjadi keutamaan.

Menjelang tiga bulan sebelum tarikh perkahwinan walau sesibuk mana sekalipun tugasan di pejabat, wanita yang akan bergelar ratu sehari seharusnya meluangkan masa memberi kemanjaan serta belaian pada tubuh dengan mengunjungi pusat kecantikan yang menyediakan rawatan khusus untuk bakal pengantin.


Antara rawatan khusus berkenaan termasuk sauna, mandi wap, urut dan menyental badan sebagai rawatan asas. Rawatan ini bukan setakat mencantikkan kulit, malah memberi keyakinan kepada mempelai untuk tampil anggun pada hari bahagia mereka.

Ramai wanita tidak tahu rawatan untuk bakal pengantin mampu menaikkan seri wajah serta keanggunan mempelai tatkala bersanding di atas pelaminan indah.

Antara rawatan asas yang boleh dilakukan adalah sauna, mandi wap, lulur badan, body bleaching, body whitening dan urut badan. Rawatan ini bukan setakat mencantikkan kulit, tetapi mampu memberi kesegaran pada tubuh dan memastikan bakal pengantin tampil anggun dan yakin pada hari bahagia mereka.

Menerusi sauna, kesan panas yang terhasil daripada alat pemanasan itu akan melegakan otot, sekali gus menghilangkan sengal, bisa dan kebas tubuh badan.

Proses ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat terutama kepada bahagian kulit dan menggantikan sel mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali, diri kelihatan lebih segar dan tampak semula jadi beberapa jam selepas melakukannya.


Apabila ini berlaku, ia akan meningkatkan kadar peredaran darah (bukan tekanan darah) kerana haba daripada wap air akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.


Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke sistem perjalanan darah serta memberi kesan yang baik kepada organ dalaman badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung, radang paru-paru dan asma

Yoyoy Kamphora Spa menyediakan terapis urut terlatih. Antara urutan yang disediakan urutan aromaterapi, urutan menenangkan, urutan tradisional, urutan aura seri, urutan pupur dan urutan thai.

Kami melakukan urutan untuk antitekanan menggunakan minyak terpilih seperti lavendar, lemon dan pudina. Biasanya urutan selama 60 minit sehingga dua jam bergantung kepada kemampuan pelanggan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...