Tuesday, November 9, 2010

Keperluan terhadap ilmu berkaitan perawatan Islam atau Ruqyah.

 

Keperluan terhadap ilmu berkaitan perawatan Islam atau Ruqyah.

Ilmu adalah sangat bernilai. Lebih bernilai dari wang ringgit. Maka bersesuaianlah dengan sabda Rasulullah SAW seperti di bawah:-

Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam.” (Sahih – Ibnu Majah [0184]).

Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Orang yang paling baik itu
ialah orang yang alim. Jika ia diperlukan maka ia akan memberi manafaat bagi orang lain. Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinya sendiri (tidak menyusahkan orang lain)”.

Masyarakat semakin tertarik dengan kaedah rawatan Islam. Tambahan pula jika masalah tersebut tidak dapat diselesaikan oleh doktor perubatan. Perbagai kempen diadakan untuk menarik orang ramai mempelajari ilmu ini seperti kempen 'Semua Boleh Merawat' dan " Satu Keluarga Satu Perawat".

Dengan mempelajari ilmu Ruqyah Syar'iyah juga, individu terbabit akan lebih mendekatkan diri dengan aktiviti agama, selalu bermuhasabah, lebih yakin dengan kekuasaan Allah SWT dan kelebihan sunnah Nabi SAW dan pelbagai lagi.

Ramai juga yang mempelajari dengan niat hanya untuk diri sendiri atau hanya membantu keluarga terdekat  yang bermasalah tanpa berniat untuk membuka rawatan perubatan Islam.

Walaupun perniagaan lebih berteraskan perkhidmatan untuk wanita seperti kecantikan wanita, terapi holistik. bekam alhijamah, acapkali pengetahuan mengenai ilmu perawatan Islam diperlukan untuk kes-kes tertentu. Bekam Alhijamah antara kaedah yang digunakan untuk mengatasi gangguan selain kaedah ruqyah. Pengamalan sunnah Nabi SAW untuk setiap amalan juga dapat mengatasi gangguan syaitan dan jin yang jahat.Amalan sunnah Nabi juga meliputi pemakanan sunnah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...