Salam semua...
Di akhir-akhir ini, kita lihat pelbagai masalah sosial melanda di kalangan kita.setiap hari kita melihat pelbagai jenayah,vandalisme dan aktiviti tidak sihat mempelopori tajuk di dada-dada akhbar.inikah perangai manusia di akhir saman ini???
Pelbagai gejala sosial mula tumbuh bak cendawan contohnya budaya merempit.macam tidak berkesudahan masalah ini.dan juga bertambahnya anak derhaka sehingga sanggup membunuh ibubapa sendiri dan membuat perkara2 yg menyakiti ibubapa mereka.
Oleh itu kami ingin berkongsi sedikit sebanyak petua untuk mendapat anak yang soleh disamping kita sentiasa berdoa kepada allah s.w.t.
Petua mendapat anak Soleh & Solehah
Semua petua ini diamalkan semasa mengandung
1.Surah Yusuf,
Baik diamalkan kerana ia akan melahirkan anak lelaki yang baik dan menjadi orang yang beruntung serta di jaga dari perilaku yang terlarang dibacakan Dari 0 hingga 3 bulan
2.Surah Lukman
Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Sebaiknya dibacakan Dari 4 hingga 6 bulan
3.surah mariam
memudahkan ibu bersalin dibacakan Dari 7 hingga 9 bulan
4.Sentiasa mengingati allah
Dan banyakkan meminta ampun dan taubat supaya hati kita menjadi bersih.Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat.
5.Sentiasa tenang dan gembira
supaya bersedia dengan apa jua yang mendatang.Bila emosi tenang pertumbuhan bayi akan berjalan lancar dan menghasilkan bayi sihat,comel serta cerdas
7.Berakhlak mulia kerana semua tingkahlaku kita akan memepengaruhi sikap anak yang dikandung.
No comments:
Post a Comment