Tuesday, November 17, 2009

Siri Petua-petua Kat Dapur...

1. Hilangkan Bau Petai
Justify FullRendam petai yg ingin dimakan atau dimasak selama 1/2 jam di dalam air basuhan beras. Jgn risau kerana kerana walaupun petai tersebut telah direndam lama dalam air, kesegaranya masih berkekalan. Cuma baunya sajer yg dikurangkan


2. Udang Sentiasa Segar
Supaya udang tidak busuk dan kelihatan sentiasa segar, anda boleh cuba amalkan petua ini. Perahkan air limau nipis ke atas udang tersebut semasa hendak menyimpannya ke dalam peti sejuk. Cara ini boleh menjadikan udang itu segar dan tahan lama..


3. Kek Ringan Dan Lembut
Biasanya untuk menghasilkan kek yg ringan dan lembut, kita letak bahan tambahan spt ovelet atau penstabil kek diperlukan. Tapi petua kali ini, anda cuma perlu jemur tepung gandum yg hendak digunakan utk membuat kek, atau goreng tanpa minyak tepung tu terlebih dahulu. Hasilnya nanti kek anda akan menjadi lebih lembut dan bertambah enak.


4. Menghilangkan tanda hitam/kerak/kesan hangus pada bahagian dalam periuk
i) masukkan air coke..iya..coca cola tu..ke dalam periuk berkenaan..
banyaknya? sekadar menutup paras kesan hangus/kerak tadi..
didihkan di atas dapur..
tanpa disedari, kesan hangus tadi akan tanggal..
kacau2 sikit dgn senduk kayu jika mahu..kalau tak mahu pun takpe..
apabila semua kesan dah tanggal, cucilah periuk seperti biasa..


ii) kerak nasi yg melekat pada periuk juga bole ditanggalkan dengan cara yg berikut..
cara ini diperolehi secara tak sengaja tetapi..hasilnya menakjubkan..
tudungkan periuk itu dgn tutupnya..
masukkan dalam peti sejuk..(bukan dalam freezer tau)
biarkan selama sehari atau dua..
apabila periuk itu dibuka..kerak nasi itu telah kembang dengan sendirinya ditambah pula dgn wap air yg dihasilkan..
dgn mudahnya anda dapat keluarkan kerak nasi itu..
kalau ada kulat tumbuh..ehek ehek..tak jamin laa..hehehe...)
ala..cuci la dgn sabun Axion lepas tu..pasti berbau harum..hahahahaha...)


5. Elak Rasa Pahit Pucuk Mengkudu
Pucuk dan putik mengkudu tu dicuci kemudian direbus. Ketika hampir empuk, masukkan air perahan asam jawa. Setelah empuk, angkat dan tos. Nescaya pahit tiada lagi.


6. Kelapa Parut Tahan Lama
Ada petua mudah menyimpan kelapa parut tanpa menyimpannya dalam peti sejuk. Apa yg perlu dilakukan ialah ambil selembar daun pisang dan letakkan dlm satu bekas. Letakkan kelapa parut atas daun pisang, kemudian kukus sebentar. Cara begini, puan boleh menyimpan kelapa parut itu sebelum diperah santannya. Ia tahan lama

7. Mengelak Telur Rebus Pecah
Didihkan dahulu air dgn garam. Kemudian baru masukkan telur ke dalam air.

8. Masakan Termasin
Potongkan kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan. Setelah kentang lembut, keluarkan semula.


2 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Salam nurul,
Bagus petua2 ni....

Yoyoy Kamphora Spa said...

Wslm..
Ade byk lg petua2...
Nanti kite kongsi same2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...