Semalam ni tak boleh tidur pulak, dah seminggu keje banyak sangat sampai tak sedar dah 3-4 pg..Alhamdulillah dapat projek tak tido malam, mata pun dah naik buntang tak boleh tidur. Lagi pun ku ni sejak sekolah rendah lagi susah nak tidur malam, kalau time gelap tu lagi bijik mata ku ni besar hehe. Tengah bosan-bosan layan perasaan sorang-sorang ni teringat kat kawan-kawan sekolah, kawan universiti, kawan masa mengaji, kawan office, kawan chatting kat YM. ku ni memang susah nak ingat nama orang tapi kalau tengok muka tu insyaalah kenal lagi la.
Kata orang bukannya senang nak cari kawan yang baik dan bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik , baik ke ku terhadap kawan-kawan ku?.. ku rasa ku dah berikan 110% yang terbaik kepada mereka semua, mungkin ada diantara kawan-kawan ku yang kurang senang dengan ku, memang manusia tak semuanya sempurna. Walaupun ku dah berikan 110% terbaik kepada mereka, mungkin ada diantara perbuatan dan pertuturan ku yang agak lepas telah menyakitkan hati semua orang. Sebenarnya tak ada niat pun nak sakitkan hati sesiapa, hanya kawan-kawan baik ku je yang faham dengan perangai gila-gila ku ni. Kalau time gila ku datang abis semua orang ku buat lawak sampai pecah perut.
Apakah ciri-ciri kawan yang baik?… kawan yang baik akan mencuba sedaya upaya tidak mengumpat kawan baiknya dengan orang lain. Apa erti menjadi kawan baik kalau belakang kita kemain lagi mengata kita, kita ni gemuk la, kita ni jalan senget la… Kawan baikkah itu? bagi ku, ku tak kesah kalau orang nak mengata ku, kalau nak mengata depan-depan, ku boleh terima. Kalau mengata belakang ni memang la bukan kawan baik ku… hahaha
Untuk menjadi kawan yang baik , jangan sesekali cemburu dan melarang kawan baik kita berkawan dengan kawan baiknya, biarlah dia nak kawan dengan siapa pun janji kita yakin yang dia memang kawan baik kita. Sentiasa menasihati kawan baik kita kalau dia buat perkara yang tak betul dan tak sihat.., dalam waktu sunyi kawan baiklah yang sentiasa menjadi penghibur, macam ku kalau time sunyi ku akan YM atau SMS dengan kawan-kawan baik ku. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira kerana kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Ku sentiasa mendoakan kejayaan dan kesihatan kawan baik ku, walaupun ku ni takdela baik sgt perfect iman, tapi ku tetap berdoa agar Allah sentiasa meringankan beban dan kesejahteraan kawan baikku di dunia dan di akhirat...tapi aku tak kesah hahahaha…
Huh siapa kawan baik ku ek?… dalam hidup ku ni ku cuma ada 7 orang kawan baik je… siapa tak perlulah ku sebutkan sebab jika dia kawan baik ku sudah tentu dia tahu.
Ops tiba-tiba kepala otak ku blank… so sampai sini dulu… nanti ku update lagi.. cayok..!
No comments:
Post a Comment