Sunday, November 22, 2009

Wanita dan Keadilan

Sering kita baca didada akhbar mengenai kesamarataan gender yang dikemukan oleh pelbagai pihak wanita. Penulis bukan hendak menyatakan wanita tidak mempunyai hak di muka bumi ini. Bagaimanapun, seringkali hak-hak wanita jua yang diperjuangkan.

Sedangkan golongan lelaki berdiam diri dan membiarkan semua ini berlaku. Tidak dinafikan terdapat lelaki yang ‘durjana’ mempergunakan dan memperlakukan wanita seperti binatang.

Di kala wanita sering memperjuangkan hak-hak mereka, tetapi adakah mereka sedar terlalu banyak keistimewaan dan kelebihan yang diberikan kepada mereka samada melalui masyarakat mahupun kerajaan. Penulis tidak mahu membincangkan perihal ini dari sudut agama. tidak mahu topik agama yang diberatkan. Bukan bermakna penulis seorang sekularis.

wanita itu hiasan dunia
Terlalu banyak hak wanita yang terpapar dan ada di dalam masyarakat. Kementerian wanita, koc keretapi khas wanita (di jepun), hospital wanita dan sebagainya. Hak lelaki cumalah tandas lelaki. Benar x?

Lelaki jua sering ketinggalan dalam cara berpakaian. Kod etika berpakaian lelaki samada di pejabat atau di ruangan kerja yang lain adalah sama. Berkasut dan berkemeja. Sedangkan wanita yang kepejabat bagaikan bukan kesalahan jika memakai pakaian yang pelbagai dan memakai sandal atau kasut yang tidak bertutup. Fesyen menjadi alasan utama.

Masihkah wanita ingin mempertahan dan meminta pelbagai kelebihan dan kemudahan yang diberikan berbanding LELAKI….???

Apa yang anda ingin perjuangkan sebenarnya wahai kaum wanita? Apa yang anda cari? Apa yang anda kejar?

1 comment:

Anonymous said...

lelaki segan nak menuntut hak ni, lagi pun tak kisah pun. Perempuan nk tuntut, tuntut le...

Tak kan lelaki nk tuntut hak:-

-wujudkan kuota kemasukan ke Universiti?

- harta sepencarian bila bercerai

- hak berfesyen...

- hak gerabak LRT/bas lelaki je (abis la penuh ngan gay)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...