Senyap merupakan satu perbuatan yang tidak mengeluarkan kata-kata atau bahasa mudahnya tidak menggunakan mulut untuk berkomunikasi mahupun bercakap. Bercakap pula sebalik daripada kesenyapan. Bercakap adalah satu perbuatan mengeluarkan kata-kata untuk berkomunikasi atau menyampaikan maklumat mahupun infomasi yang bernas.
Kesenyapan bukan bermaksud tidak boleh bercakap tapi berupaya bercakap. Tetapi tidak mahu bercakap ataupun menjadikan dirinya tidak bercakap kerana lebih suka mendiamkan diri mahupun suka mendengar.
Manakala bercakap bukan sentiasa bercakap sepanjang masa. Ini mungkin atau tidak mungkin memberikan kelebihan kepada seseorang. Sentiasa bercakap bukan sahaja disukai ramai mahupun yang bersenyapan. Tapi kenalah berupaya menyesuaikan diri dalam seseuatu keadaan.
Jika bercakap mungkin untuk menonjolkan diri sama ada untuk mengambil perhatian, atau berlagak untuk menunjuk-nunjuk mahupun untuk mendominasikan sesuatu keadaan.Kesenyapan bukan untuk merendahkan diri mahupun untuk menjadikan diri sebagai orang yang tidak penting. Golongan ini juga mampu bercakap sama atau lebih daripada orang yang bercakap.
Orang yang banyak bercakap tidak semesti memberikan input yang baik malah terlebih bercakap akan memburukkan keadaaan jika tersalah cakap. Bak kata pepatah “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya“. Mungkin ini yang dipegang oleh golongan kurang bercakap. Mungkin huja untuk mendakwa minta maaf itumudah untuk mengundurkan semula kata-kata tapi bukan mudah untuk diterima.
Berbanding orang yang diam kerana mereka ini lebih suka berfikir dahulu untuk mengeluarkan kata-kata untuk memberi cadangan mahupun buah fikiran. Mereka ini lebih berhati-hati mengeluarkan kata-kata. Mereka lebih jaga bahasa mereka untuk tidak menyentuh perasan pendengar kerana bahasa mampu menguris hati manusia sehingga mampu mengingati sampai akhir hayat.
Jika dilihat mungkin ada kelebihan dan kekurangan yang ada disetiap golongan ini. Jika terlebih cakap mungkin akan menjadikan lebih tidak bermakna mahupun akan bermakna untuk ramai orang. Jika tidak akan dipandang serong kerana tidak menepati kehendak orang yang mendengar. Bukan mudah untuk mencapai kepuasan pendengar. Jika bercakap mesti kena mengikut kehendak pendengar buka ikut sedap mulut untuk kepuasan sendiri. Oleh itu harus sentiasa berhati-hati bila bercakap. Jadi hati-hati berbahasa dan jaga kesopanan berbahasa demi orang sekeliling.
No comments:
Post a Comment