Wednesday, November 4, 2009

Set Imej Diri Positif Untuk Kejayaan Diri

Sudah tentu Anda tertanya-tanya apa maksud imej diri positif. Adakah ia sama dengan gambaran diri positif, atau bayangan diri positif?

Imej diri adalah persepsi kita pada diri sendiri. Cuba lihat cermin. Apa yang Anda lihat dan pendapat Anda tentang diri sendiri saat Anda menatapi cermin, itulah ibarat imej diri.

Mengikut eBook Magnet Rezeki di muka surat 47, imej diri adalah cara Anda melihat diri sendiri, berfikir, mengenal diri sendiri dan ianya juga disebut sebagai cermin diri.

Setiap kali kita melihat cermin, tentu akan hadir perasaan-perasaan seperti bangga, suka, hebat, yakin, tidak bahagia, bermasalah, pemalu, kurang bermaya atau kurang bersemangat.

Sekiranya Anda melihat diri Anda sebagai seorang yang berjaya dan Anda percaya Anda mampu mencapainya, maka secara automatik diri Anda akan terdorong untuk bertindak seperti orang yang berjaya.

Ia juga berlaku sebaliknya. Saat Anda duduk sorang-sorang pastu terbayang kegagalan dalam fikiran Anda, maka Anda sedang mewujudkan imej diri negatif.

Di dalam gambaran itu Anda melihat diri Anda sebagai seorang yang gagal, kemudian timbul perasaan bersalah, geram dengan kegagalan, rasa tertekan dan gusar, maka secara automatik diri Anda terdorong untuk bertindak seperti orang yang gagal.

Orang yang gagal suka duduk terceruk di satu sudut, asyik meratapi kegagalannya dan menyalahkan diri sendiri, orang sekeliling dan keadaan, tetapi tidak mengambil keputusan utuk berubah serta merta. Itulah sikap orang gagal, kita boleh lihat di mana-mana saja.

Imej diri positif membuat Anda berjaya, kerana ia menarik situasi-situasi yang membuat Anda semakin hampir dengan kejayaan, lalu terus menerus berjaya selagi Anda terus menerus melihat diri Anda berjaya, sentiasa berjaya.

Imej diri negatif membuat Anda gagal, kerana ia menarik situasi-situasi yang membuat Anda semakin dekat dengan kegagalan, lalu terus menerus gagal selagi Anda terus menerus melihat diri Anda gagal, sentiasa gagal.

Pilihan sentiasa ada di tangan kita. Nak pilih baik, atau nak pilih yang buruk.

Kekadang kita membuat pilihan salah tanpa kita sedari, hanya kerana kita terlalu ikutkan emosi. Imej diri yang timbul di fikiran, hanya ada satu imej pada satu-satu masa saat kita berfikir. Takkan ada dua imej diri (positif dan negatif) dalam satu masa yang sama.

Anda pula, apa yang Anda selalu fikirkan tentang diri sendiri saat bercermin di waktu pagi?

Katakan Anda boleh berjaya (bahkan ada potensi untuk berjaya), berikan senyuman pada diri sendiri kerana secara automatik, ia akan membuat Anda jadi cukup bersemangat.

Tak biasa buat camtu? Ubah diri Anda hari ini, untuk kecemerlangan Anda sendiri juga. Bukan orang lain.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...