Friday, August 19, 2011

Solat Tahajjud

 
Firman Allah Taala: 
 
“Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud,sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik.” (al-Isra’:79)  



  

Sabda Rasulullah s.a.w.: 
“sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam.” (riwayat Muslim)  

 

Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud.   

 Definasi tahajjud:

 Sembahyang sunat pada waktu malam selepas tidur
(Rujuk definasi ini pada kitab-kitab mazhab Syafi’i)  

Hukum tahajjud:
 
Para ulamak telah ijmak mengatakannya sebagai sunat. Dan ia pernah diwajibkan pada permulaan Islam. Bagi orang-orang yang telah biasa melakukan tahajjud, makruh hukumnya meninggalkan tahajjud.  

Waktu mengerjakan tahajjud:
 
Selepas Isyak & selepas tidur.  Dan, yang paling afdal ialah mentakhirkan sembahyang ini.  Dimakruhkan juga mengkhususkan malam Jumaat untuk mengerjakan Tahajud. Maksudnya, kita mengkhususkan sembahyang tahajjud hanya pada malam Jumaat sahaja. Orang yang hendak bertahajud disunatkan ber’qailulah’. Iaitu tidur sedikit sebelum tergelincir matahari. Qailulah samalah seperti sahur untuk orang yang berpuasa. Sabda Rasulullah s.a.w: 

“Mintalah pertolongan dari qailulah untuk berdiri (solat) pada waktu malam.”  

Maknanya, qailulah dapat membantu untuk tahajud.  

Bilangan rakaat tahajud:
Sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya tiada had. Tetapi ada pendapat lain yang mengatakan, sebanyak-banyaknya 12 rakaat (rujuk Fathul Mu’in, bihamish I’anah al-Thalibin,
vol 1, hal. 269)

Bilangan rakaat sembahyang Tahajjud ini tidak ditentukan, dan sekurang kurangnya dua rakaat. Walau bagaimanapun, sembahyang Tahajjud ini adalah mengikut ketentuan masa dan keikhlasan atau keta’atan individu itu sendiri mengikut kemampuannya. Jika banyak rakaatnya maka banyaklah pahalanya. Akan tetapi afdhal memanjangkan bacaan sembahyang daripada melakukan banyak rakaat menurut kebanyakan ulama Syafi‘iyyah. Sembahyang Tahajjud mempunyai banyak kelebihan dan fadhilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Antara kelebihan dan fadhilatnya ialah:

 

1.  Di tempatkan di akhirat nanti di tempat yang terpuji.
2.  Mendapat keredhaan daripada Allah Subhanahu wa Taala.
3.  Dapat mendekatkan diri kepada Allah Taala.
4.  Dikabulkan doa dan permohonan serta diampunkan dosanya.
5.  Terhindar daripada segala penyakit tubuh badan dan mncegah
      daripada melakukan dosa dan kejahatan.
6.  Dijanjikan masuk syurga dengan selamat sejahtera.
7.   Mendapat syafa‘at baginya dan ahli keluarganya.
8.   Dijadikan orang yang bijaksana dengan dikurniakan pengetahuan
       yang tinggi.
9.    Dibangkitkan daripada kubur dengan wajahnya yang putih bercahaya.
10.  Diringankan hisabnya.
11.  Dipermudahkan baginya meniti shirat (jambatan) seperti kilat.
12.  Diberi buku amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...