Jika berjumpa dengan Lailatul Qadr ini, maka kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah (solat sunat, baca al-Quran, zikir dan doa).. sebab ibadah pada malam itu seumpama beribadah 83 tahun.. tapi bukanlah bila dah beribadah pada malam tu, kita dah tak payah beribadah selama 83 tahun lepas tu.. dengan anggapan dah cukup dah ibadah tu ditampung dengan ibadah malam Lailatul Qadr.. jangan silap faham.. yg dinyatakan cuma kelebihan beribadah pada Lailatul Qadr, bukannya bila dah beribadah pada malam tu, takyah dah buat ibadah selepas tu.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: ” .. Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang lain) , sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (HR. al-Bukhari)
Antara doa yg Nabi s.a.w. ajarkan kepada Aisyah r.anha jika berjumpa dengan Lailatul Qadr ini adalah memperbanyakkan doa yg selalu dibaca ketika rakaat ke-4 tarawih iaitu :
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Wahai Allah, sesungguhnya Engkau sentiasa mengampunkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka mengampunkan, oleh itu ampunkanlah salah silapku.”
Ada ulamak yg berpendapat, sekiranya kita melakukan solat tarawih pada Lailatul Qadr, ianya dah dikira sebagai menghidupkan malam tersebut.
Semoga Allah mempertemukan kita dengan malam yg berkat (لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ) ini dan tidak dilalaikan pada malam tersebut..
WA
No comments:
Post a Comment