Sunday, August 7, 2011

Langkah Mempertahankan Diri Untuk Wanita


Kali ni nak fokus pada perempuan sahaja. Tapi tak salah kalau yang lelaki pun nak ambil tahu sama. Wanita ni lemah? Betulker? Lemah ni bermaksud perempuan ni sensitif dan lemah lembut dan tak suka kekerasan. Kalau dah lemah macam mana nak berlawan dengan orang jahat. Tak kan orang jahat ni sempat nak berfikir eh dayus pula pukul perempuan kan. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga khas untuk perempuan korang perlu tahu langkah-langkah asas untuk mempertahankan diri.

Tips ni just nak share sebagai langkah berjaga-jaga takut kalau tertiba korang kena ragut ker, kena kacau dengan orang jahat ker tak pun time kena pukul dengan boyfriends korang (bf lah sangat). Senang jer nak ikut latihan ni. Kalau korang rajin korang boleh berlatih mengunakan teddy bear atau roomate korang ker.. tapi kalau tak sempat nak berlatih makesure u all ingat salah satu atau kesemua step mempertahankan diri dibawah.

Langkah 1: Tenang dan bersedia


Aku ambil contoh yang Angah ni orang nakal. Dia ni memang suka nak mengacau orang terutama perempuan. Tak tau lah pula macam mana dia boleh lepas pergi gathering tu. Kali ni si Angah ni nak mengambil kesempatan dekat Cik ReenaTanCik ReenaTan ni cool jer dan steady jer.


 Langkah 2: Elak Tangkapan Penjahat

 
Si Angahyang mungkin stone ni pun melurulah kat Cik ReenaTan. Sebagai perempuan bunian yang tak berapa bunian dia tak boleh nak ghaib selalu. Jadi Cik ReenaTan perlu mengelak dari ditangkap oleh Angah. Dia perlu bergerak ke kiri, kekanan, atau ke tunduk ke bawah.
 

Langkah 3: Gunakan Tujahan Maut

 
Tujahan ni dipanggil tujahan Maut pertama dan sesuai untuk perempuan sebab tangan Cik ReenaTan ni tak berapa nak kuat, so dia pun gunakanlah kepala untuk membuat tujahan tepat ke muka atau yang paling best di bahagian leher Angah. Kalau kena tepat confirm Si Angah akan duduk hospital bertahun tahun.haha

Langkah 4: Hentakkan Maut kepala lutut

 
Hentakan Maut Kepala lutut ni memang sesuai kot untuk Angah. Jadi Cik ReenaTan memang bagus sepenuh hati kekuatan kat situ. Harap-harap janganlah jadi apa-apa kat Angah tu.haha

Langkah 5: Hentakan Siku Kegeraman

 
Tak cukup dengan tu Cik ReenaTan bagi lagi satu hentakan maut kat belakang. Kasi si Angah muntah hijau. Baru dia tau erti penyesalan.

Langkah 6: Hentakan Kepala Lutut Halilintar Bara


 
 Tak dan Angah nak muntah pelangi Cik ReenaTan kasi lagi buah.Kali ni tepat kat muka Angah. Memang segala kemuntahan hijau sebelum ni termasuk balik ke dalam perut. Kira sebagai sahur di pagi ni.

Langkah 7: Sepakan Maut Bechkam

Bila Angah jatuh Cik ReenaTan kasi sepakan maut beckham yang tak masuk penalti. Sepakan ni khas di cipta untuk orang macam Angah. Kasi hentam sama dia

Langkah 8: Kuisan Kaki KL Gangster

 
Pelengkap segala jurus Cik ReenaTan kasi sepakan menghalau dengan nada "Nyah kau dari sini.. ini Taiping aku yang pegang" .
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...