Saturday, September 25, 2010

Petua Mengatasi Masalah Kurang Darah

Masalah kurang darah ni boleh berlaku ke atas kanak-kanak, ibu hamil dan juga orang dewasa yang tinggal di pedalaman. Anda yang mengalami masalah ini biasanya akan kelihatan pucat, lesu dan tak bersemangat. Justeru, anda tidak digalakkan berjalan kaki dalam jarak jauh kerana dikhuatiri boleh menyebabkan pengsan.

 

Antara punca kurang darah adalah disebabkan kekurangan zat protein dan zat besi, wanita yang kerap hamil dan tak teratur, penyakit malaria dan juga jangkitan cacing.

Untuk itu, ada satu petua tradisional yang boleh anda cuba bagi mengatasi penyakit ini.
Mula-mula anda sediakan dulu bahan-bahan ini;
  • 2 biji telur ayam.
  • 1 sudu makan madu asli.
  • 1 biji limau nipis.
  • Segenggam daun bayam
Kemudian, anda ikuti beberapa langkah di bawah ni;
  • Ambil kuning telur saja dan pukul sehingga rata.
  • Masukkan madu ke dalam kuning telur tadi dan kacau sampai rata.
  • Seterusnya, perahkan air limau nipis pula ke dalam campuran tadi dan kacau lagi. :)
  • Tumbuk dahulu daun bayam. Kemudian, anda ambil airnya dan masukkan bersama campuran kuning telur, madu dan air limau nipis tadi.
  • Kacau sekali lagi agar campuran tersebut sebati.
  • Akhir sekali, minumlah air daripada 4 ramuan di atas.
Amalkan meminum air ini selama 3 hari berturut-turut agar badan anda lebih sihat dan segar. Selepas itu, anda dah boleh menjarakkan tempoh meminumnya. Iaitu minum dalam seminggu sekali ataupun buat 2 minggu sekali. Mudah-mudahan anda tidak akan kekurangan darah lagi.

Selamat Mencuba!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...