GEORGETOWN, 17 Sept: Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan stastik sebenar kes pembunuhan berprofil tinggi sejak 1974 hingga kini.
Menurutnya, pendedahan statistik tersebut yang merekodkan kes pembunuhan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak haruslah diserahkan sebelum pembentangan Bajet dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 15 Oktober nanti.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu amat mengharapkan statistik yang akan diberikan nanti mempunyai maklumat terperinci merangkumi bilangan laporan polis yang diterima, jumlah kes yang telah dibawa ke mahkamah, angka sebenar kes yang berjaya diselesaikan serta kes mereka yang dituduh tetapi telah dibebaskan.
"Statistik ini amat penting untuk makluman umum. Ia juga menjadi satu perkara penting untuk dibahaskan dalam persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.
"Dalam pada itu, bagi kes yang melibatkan jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, yang menjadi mangsa kepada pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu, ianya harus diadili dengan sebaik mungkin oleh mereka yang berpengalaman," katanya dalam sidang media semalam. (AK)
No comments:
Post a Comment