SELALU orang merungut tentang wajah mereka yang tidak menawan. Kerap kali juga kita dapat tahu segelintir individu yang berhabis-habisan wang untuk kelihatan lebih muda.
Sudah banyak kali fenomena ini melanda di seluruh pelusuk tempat. Yalah, siapa yang tidak mahu kelihatan cantik. Adakah manusia yang tidak ingin dilihat muda sentiasa? Dipandang remaja sepanjang masa?
Kali ini saya ingin membawakan beberapa petua untuk anda semua bagaimana mahu dilihat sentiasa muda. Saya beranggapan bahawa anda semua sudah tahu, barangkali masih ada yang terlupa-lupa atau pun mungkin buat-buat lupa!
Ceria, wajah yang menawan, berseri dan kelihatan muda ini semuanya bukankah anugerah Tuhan?
Dia yang beri semua itu. Justeru mengapa mesti bersedih jika tidak mendapat semua yang diidam itu. Kembalilah semula kepadaNya. Nescaya akan dapat apa yang diperoleh.
Tuhan tidak akan menzalimi hambaNya begitu sahaja. Setiap yang ditakdirkan untuk setiap makhluknya pasti berhikmah dan Dia pasti bahawa hambanya itu mampu mendepaninya. Carilah sedalam mana sekalipun, satu hari nanti anda pasti akan dapat mencari kebaikannya.
Baiklah, bagaimana mahu sentiasa muda dan remaja ini?
1) Pertama sekali, ingat Tuhan! Apapun yang kita minta jangan sampai lupa pada siapa yang mencipta dan siapa juga yang memberikan kita nikmat itu. Nescaya apa yang diminta akan dikurnia. Apakah layak untuk kita meminta sesuatu itu namun kita sendiri masih lupa pada siapa yang akan mengurniakan permintaan kita tersebut? “Duhai anakku sayang, janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah itu betul-betul kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, ayat 13)
2) Sentiasa tersenyum. Senyuman yang dilempar itu secara tidak langsung membuatkan orang sekeliling turut tersenyum kepada anda. Jangan lupa, mereka yang kerap kali muram dan masam muka, amatlah hodoh sekali bila dipandang. Benar bukan? Petua ini telah dinyatakan sendiri oleh Cedrict di dalam tulisannya di Carbon Neutral Website.
3) Sentiasa bahagiakan diri. Jangan suka menimbulkan gaduh dengan orang lain. Banyakkan membantu mereka yang di dalam kesusahan. “Sesiapa yang bersedia memenuhi hajat saudaranya, Allah sentiasa bersedia untuk memnuhi hajatnya.” (Riwayat Ibn Abbas).
4) Amalkan sentiasa memakai krim pelembap bagi mengekalkan keanjalan kulit disamping tidak lupa mengambil suplemen tambahan seperti vitamin-vitamin mengikut arahan pegawai perubatan. Menurut Tom Viren, penulis kesihatan, krim pelembap ini adalah amat penting bagi mengekalkan warna pada ton kulit.
5) Amalkan gaya hidup yang sihat. Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan setiap kali itu selama 30 minit adalah diperlukan dalam pengamalan gaya hidup yang sihat. Kekalkan BMI (Body Mass Index) anda di dalam nilai yang normal. Apabila semua ini mampu dilaksanakan, lebih mudahlah penyakit-penyakit akan terhindar. Bukankah hidup dengan sihat, tanpa penyakit itu sendiri akan menjadikan anda sentiasa tersenyum, gembira, puas dan lebih remaja dalam menikmati alam ini?
Tidak ada apa yang mampu menggembirakan seseorang manusia itu melainkan dapat terus hidup dengan nikmat yang tidak pernah membutakan.
Bagi mereka yang masih tercari-cari kaedah terbaik untuk terus mendapatkan kembali keremajaan, mengambil semula zaman muda yang kian dijarah usia, ayuh… apa tunggu lagi, Tuhan mentakdirkan, qada’ dan qadar itu sudah siap tertulis. Namun, manusia sendiri yang harus berubah. Kita sendiri yang perlu bergerak. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Tidakkah begitu?
Ayuh, jadi muda… kita jadi remaja!
1 comment:
Adakah isteri / suami anda selalu bekerja di luar pejabat atau kerja lapangan yang menggelapkan kulit? Adakah anak anda aktif dalam sukan dan kerap berjemur di bawah terik matahari? Adakah anda masih ingin kekal Cerah?
Call / Sms: +6016 2715447
Email: 772shine[@]gmail[.]com
Google up: Shine FS
Post a Comment