Wednesday, June 2, 2010

Israel akan usir semua aktivis flotila bantuan



BAITULMAQDIS 2 Jun – Israel akan mengusir semua aktivis asing yang ditahan dalam kapal-kapal ‘Flotila Pembebasan’ dan menarik balik ugutan untuk mendakwa sebilangan daripada mereka.

Seorang jurucakap bagi Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu lewat semalam berkata, semua aktivis ‘akan diusir dengan segera’ dalam operasi yang dijangka selesai dalam tempoh 48 jam.


Hampir 700 aktivis yang ditahan kelmarin apabila askar marin Israel menahan konvoi enam kapal menuju ke perairan Genting Gaza termasuk rakyat Malaysia, Turki, negara-negara Arab, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...