Tuesday, June 15, 2010

Industri ICT bernilai RM80 bilion 2015


KUALA LUMPUR 14 Jun - Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) mengunjurkan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang kepada RM80 bilion menjelang 2015, pada kadar lebih 10 peratus setahun.

Presiden Pikom, Shaifubahrim Saleh berkata, sasaran itu adalah selaras dengan ramalan pertumbuhan tahunan terkompaun sebanyak enam peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dari 2011 hingga 2015.

"Industri ICT memberikan tindak balas positif kepada pengumuman RMK-10 oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Dengan tumpuan utama kepada langkah mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi, ICT akan memainkan peranan yang sangat penting untuk merealisasikannya.

"RMK-10 pastinya akan memacu industri ini ke arah itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SektorICTtelah dikenal pasti sebagai satu daripada 10 sektor utama yang akan menerima banyak perhatian dalam RMK-10.

Dengan inisiatif MSC Malaysia semakin matang, kata Shaifubahrim, industri ini akan mendapat banyak manfaat daripada tumpuan tambahan terhadap ICT yang merupakan pengupaya strategik bagi seluruh industri, terutamanya segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Beliau berkata, untuk meningkatkan lagi sektor PKS, e-niaga akan menjadi tumpuan bagi Bulan ICT Kebangsaan tahun ini yang akan berlangsung dari 13 Julai hingga 12 Ogos dengan tema 'E-CommerceForGlobalReach' (E-Perniagaan bagi Jangkauan Global)".

Antara acara yang disediakan ialah Sidang Kemuncak Kepimpinan Pikom, persidangan bagi pegawai kanan industri ICT pada 13 Julai, dan Forum Kejayaan Perniagaan.

"PKS adalah tulang belakang ekonomi melalui ide inovatif, penyelesaian dan keusahawanan yang memacu negara ke hadapan," tegas Shaifulbahrim.

"Pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan melalui jaminan modal kerja akan membantu PKS dalam fasa pertumbuhan dan selepas itu," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...