Wednesday, June 2, 2010

Israel siar senjata yang dirampas





BAITULMUQADDIS - Tentera Israel menyiarkan satu rakaman klip video yang menunjukkan sejumlah senjata yang didakwanya ditemui semasa serbuan berdarah ke atas sebuah kapal misi bantuan antarabangsa yang menuju ke Genting Gaza, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara senjata yang didakwa dirampas semasa serbuan kelmarin itu termasuk sejumlah bahan letupan, pisau, parang, lastik dan topeng gas.

Klip itu turut disiarkan di laman YouTube di Internet.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mempertahankan tindakan anggota-anggota komando melakukan serangan di atas kapal Mavi Marmara kelmarin dengan alasan mereka telah diserang terlebih dahulu.

Tentera Israel mendakwa senjata itu ditemui di dalam kapal tersebut yang mengikuti pelayaran konvoi ke Gaza.

Rejim Zionis menyatakan, senjata-senjata itu digunakan terhadap anggota-anggota tentera laut ketika mereka memasuki kapal tersebut.

Tentera Israel menyatakan seramai sembilan aktivis dibunuh semasa serbuan tersebut manakala 40 yang lain cedera


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...