Thursday, November 17, 2011

TIPS DAPATKAN KULIT CANTIK



Sebenarnya, terdapat pelbagai cara mengekal dan menjaga kulit agar sihat dan licin.Cara paling mudah,murah lagi berkesan adalah dengan menjaga pemakanan. Ramai pakar menyebut,pengambilan makanan semula jadi yang memberi manfaat kepada kulit,adalah jauh lebih berkesan berbanding dengan menyapu losen,krim atau gel pada luaran kulit kerana nutriennya sukar diserap masuk ke dalam sel kulit.Jadi,dengan hanya mengubah pola pemakanan harian,kulit anda boleh kekal sihat dan cantik!


  • Minum Lebih Banyak Air

  • Minumlah 8 gelas air sehari supaya kandungan air pada kulit yang terhidrat dapat digantikan,juga secara tidak langsung dapat memastikan proses penghidratan dijalankan secara berterusan dalam menyahkan toksin (racun) daripada kulit.


  • Makan Makanan Yang Berwarna Oren

  • Makanan seperti kentang,lobak merah,buah oren,betik dan mangga biasanya kaya dengan beta karotena yang berfungsi dalam memperbaiki sel kulit.Namun diingatkan, anda tidak harus makan makanan ini secara berlebihan kerana kandungan yang melebihi keperluan akan tersimpan dalam tubuh dan mungkin menimbulkan masalah lain.


  • Ambil vitamin C

  • Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen yang memang diketahui umum banyak peranannya dalam mencantik & menegangkan kulit.



  • Makan Sedikit Lemak

  • Walaupun lemak memang diketahui ramai sebagai agen kegemukan,namun badan kita tetap memerlukan sedikit lemak dalam memelihara kulit agar lebih berseri.Kekurangan lemak akan menjadikan kulit kurang lembapan dan lebih kering serta cenderung menampakkan garis penuaan dan kedutan lebih cepat sebelum masanya.Walaubagaimanapun,makanan berkandungan lemak lebih tinggi seperti daging merah,mentega,keju dan sebagainya wajar diambil pada kadar yang sepatutnya sahaja.


  • Menjaga Keseimbangan Nutrien

  • Pemakanan yang seimbang adalah cara terbaik dalam mengekalkan kesihatan kulit kerana seperti organ lain kulit memerlukan pelbagai khasiat dalam menjalankan tugas-tugasnya.


  • Makan Makanan Yang Mengandungi Vitamin H

  • Vitamin B7 atau nama lainnya vitamin H yang biasa ditemui dalam telur,ikan,susu,keju dan kubis dapat mencegah kerapuhan kuku.

    2 comments:

    Unknown said...

    hi.. mungkin juga kita boleh cuba product terkini dari 4LIFE - ENUMMI FACE SYSTEM. terkini di pasaran.. satu2nya produk kecantikan dunia yang mengandungi TRANSFER FACTOR...

    Dahlia said...

    BW ... Jom singgah my blog http://makbunge.blogspot.com/

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...