Urutan aromaterapi
Sejenis urutan yang popular di spa. Ia menggunakan minyak pati tumbuh-tumbuhan yang digabungkan dengan minyak pembawa. Penggunaan minyak pati sudah dikenali sejak zaman kuno di Mesir, Itali, India dan China.
Minyak pembawa adalah minyak sayur-sayuran yang digunakan sebagai asas untuk mencairkan minyak pati sebelum ia disapu pada kulit. Minyak pembawa digunakan kerana minyak pati terlalu pekat untuk disapu terus pada kulit. Antara minyak pembawa yang popular adalah minyak kelapa, avocado dan badam manis.
Urutan tidak digalakkan untuk mereka yang mempunyai keadaan berikut:
1. Penyakit kulit berjangkit, ruam atau luka
2. Baru menjalani pembedahan
3. Baru menjalani kemoterapi kecuali disarankan doktor
4. Cenderung untuk mengalami masalah darah beku.
5. Wanita hamil (sebaiknya berbincang dengan doktor terlebih dulu sebelum melakukan urutan manakala urutan untuk wanita hamil sebaiknya dilakukan pakar terapi urutan yang bertauliah dalam urutan wanita hamil).
Petua urutan:
1. Jangan mengambil makanan berat sebelum mengurut
2. Tiba awal di spa atau pusat urutan, sekurang-kurangnya 10 minit untuk merehatkan tubuh sebelum memulakan urutan.
3. Pastikan pakar terapi urutan mengetahui maklumat kesihatan diri kerana sesetengah jenis urutan tidak sesuai dilakukan untuk mereka yang mempunyai masalah tertentu.
4. Jika rasa tidak selesa semasa diurut, maklumkan pada pakar terapi urutan.
5. Bernafas membantu diri untuk lebih merehatkan tubuh. Ramai yang kurang bernafas semasa diurut kerana rasa gementar.
6. Rehatkan diri ketika diurut.
7. Minum selepas urutan.
8. Ambil sedikit masa bersendirian selepas urutan bagi membolehkan tubuh 'menerima' manfaat urutan.
Kesan terapeutik urutan mengambil masa justeru, sebaiknya ia dilakukan lebih kerap untuk menikmati manfaatnya. Oleh itu, jika urutan itu bertujuan untuk memulihkan ketegangan otot atau pulih daripada masalah tisu lembut, sesi urutan lazimnya mengambil masa.

Yoyoy Kamphora Spa menyediakan rawatan spa seperti lulur badan, urutan aromaterapi, facial, mandian susu, mansian bunga aura seri. Kami menyediakan rawatan spa untuk pengantin dan rawatan selepas bersalin. Sila ke spa Taman Melawati, Kuala Lumpur dan spa Gombak, Selangor untuk mendapatkan rawatan spa.
No comments:
Post a Comment