Urutan Menaikkan Seri Wajah Bakal Pengantin.
Paling penting, senyuman mempelai yang tentunya menjadi perhatian tetamu. Sebagai raja sehari, setiap wanita mahukan kesempurnaan pada hari bahagia mereka bukan saja dari segi luaran, namun kecantikan dalaman yang menjadi keutamaan.
Menjelang tiga bulan sebelum tarikh perkahwinan walau sesibuk mana sekalipun tugasan di pejabat, wanita yang akan bergelar ratu sehari seharusnya meluangkan masa memberi kemanjaan serta belaian pada tubuh dengan mengunjungi pusat kecantikan yang menyediakan rawatan khusus untuk bakal pengantin.
Antara rawatan khusus berkenaan termasuk sauna, mandi wap, urut dan menyental badan sebagai rawatan asas. Rawatan ini bukan setakat mencantikkan kulit, malah memberi keyakinan kepada mempelai untuk tampil anggun pada hari bahagia mereka.
Ramai wanita tidak tahu rawatan untuk bakal pengantin mampu menaikkan seri wajah serta keanggunan mempelai tatkala bersanding di atas pelaminan indah.
Antara rawatan asas yang boleh dilakukan adalah sauna, mandi wap, lulur badan, body bleaching, body whitening dan urut badan. Rawatan ini bukan setakat mencantikkan kulit, tetapi mampu memberi kesegaran pada tubuh dan memastikan bakal pengantin tampil anggun dan yakin pada hari bahagia mereka.
Yoyoy Kamphora Spa mempunyai dua cawangan setakat ini untuk memberikan wanita rawatan kecantikan secara menyeluruh, menaikkan aura seri dalaman dan seri wajah. Spa Taman Melawati dan Spa Gombak Selangor.
Yoyoy Kamphora Spa mempunyai dua cawangan setakat ini untuk memberikan wanita rawatan kecantikan secara menyeluruh, menaikkan aura seri dalaman dan seri wajah. Spa Taman Melawati dan Spa Gombak Selangor.
No comments:
Post a Comment