Tuesday, November 22, 2011

Spa Wanita

DIANGGARKAN lebih daripada 80 kaedah urutan yang diiktiraf di seluruh dunia. Keberkesanannya secara klinikal turut membuatkan urutan terus popular.

Biarpun tiada kaedah piawaian untuk satu-satu jenis urutan, urutan lazimnya dilakukan ke atas otot, tendon, ligamen, kulit, sendi atau tisu penghubung lain.

Urutan yang boleh dilakukan menggunakan tangan, jari, siku malah kaki ini sebenarnya sudah terkenal sejak zaman berzaman. Tulisan awal mengenai urutan boleh ditemui dalam tamadun kuno termasuk Rom, India, Jepun Mesir dan Mesopotamia.

Antaranya adalah urutan yang direkodkan sebelum Masihi lagi yang menceritakan mengenai urutan seharian menggunakan minyak zaitun sebagai sebahagian daripada regim kecantikan wanita.

Urutan semakin popular di Amerika Syarikat pada pertengahan abad ke-19. Namun ketika era 1930-an hingga 1940-an, pengaruh urutan kian berkurangan lantaran perkembangan dalam bidang perubatan.

Apapun, pada 1970-an, pengaruh urutan kian meningkat sekali lagi khususnya di kalangan atlit sukan di negara terbabit. Urutan turut digunakan pada era berkenaan oleh jururawat bagi membantu mengurangkan kesakitan di kalangan pesakit serta membantu mereka untuk tidur.

Ketika kejohanan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta, urutan ditawarkan buat pertama kali sebagai perkhidmatan perubatan utama.

Yoyoy Kamphora Spa menawarkan perkhidmatan rawatan kesihatan dan kecantikan. Rawatan urutan aromatherapy ( Aromatherapy Relaxing Massage ) juga disediakan. Sila ke spa kami di spa Taman Melawati, Kuala Lumpur dan di spa Gombak, Selangor. Bagi wanita yang tinggal berhampiran Ampang, Wangsa Maju, Keramat dan kawasan sekitarnya boleh mencuba rawatan spa kami.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...