Sunday, March 27, 2011

Tanda-tanda Orang Yang Terkena Sihir, Kerasukan Dan Penyakit Ain.


Antara orang yang terkena sihir, kerasukan dan penyakit ‘ain mempunyai tanda-tanda yang dapat dilihat pada pesakit. Tanda-tanda yang dapat dilihat pada pesakit hampir serupa sehingga sukar untuk membezakan samada orang itu terkena sihir, kerasukan atau penyakit ‘ain. Bagi mengenal pasti seseorang itu terkena sihir, kerasukan atau penyakit ‘ain tidak semsestinya kesemua tanda ini wujud pada dirinya. Sungguh pun begitu, perlu diingatkan bahawa ada sesetengah gejala sama sekali tidak ada kaitan dengan sihir, kerasukan atau penyakit ‘ain tetapi berkaitan dengan emosi atau kejiwaan.


Oleh yang demikian, keadaan seumpama ini perlu diambil kira dalam melakukan rawatan. Di antara gejala sihir, kerasukan dan penyakit ‘ain dapat di bahagikan kepada 2 bahagian:

PERTAMA: Gejala yang menimpa pesakit sebelum rawatan, di antaranya adalah seperti berikut:
  1. Perubahan mengejut daripada mencintai sesuatu kepada membencinya atau sebaliknya.
  2. Banyaknya jenis penyakit yang dikesan tanpa wujud sebab-sebab yang boleh disahkan oleh alat kedoktoran normal.
  3. Merasa sesak di dalam dada terlebih-lebih lagi setelah mengerjakan solat Asar dan solat Maghrib.
  4. Enggan bekerja atau cenderung menjauhi pergaulan masyarakat atau malas belajar disertai kecenderungan untuk mengasingkan diri.
  5. Pesakit sering merasa telah melakukan sesuatu padahal dia tidak pernah melakukannya.
  6. Wajah menjadi pucat atau kekuningan atau muncul kesan lebam pada tubuh yang cenderung berwarna biru atau coklat tanpa diketahui puncanya.
  7. Kerap mengalami pening kepala atau demam panas mengejut.
  8. Kerap menimbulkan pergaduhan di antara suami-isteri dan hubungan mesra di antara keduanya sukar diwujudkan. Demikian pula kerap bergaduh dengan sesama keluarga meski pun di sebabkan perkara remeh-temeh.
  9. Kerap berkhayal yang bukan-bukan ketika sedang berjaga.
  10. Malas dan tidak bersemangat, merasa letih yang berterusan dan selera makan berkurangan.
  11. Sentiasa merasa kehilangan keseimbangan ketika berjalan.
  12. Kerap mendengar dengungan pada kedua-dua telinga atau salah satu dari keduanya.
  13. Rasa sakit di kawasan sekitar rahim bagi perempuan atau terjadi pendarahan berlebihan ketika haid atau kerap mengalami istihadah.
  14. Panas baran yang tidak tentu pasal mesikipun disebabkan oleh perkara remeh-temeh sekali pun.
  15. Sukakan tidur dan sukar bangun tidur atau bangkit seketika sudah tidur semula.
  16. Mendengar suara orang memanggil namanya namun dia tidak melihat orang yang memanggil namanya itu.
  17. Rasa sakit yang berterusan pada bahagian bawah atau bahagian tengah tulang belakang dan rasa sakit di antara kedua bahu.
  18. Kulit sensitif yang disertai dengan rasa gatal atau muncul bintik-bintik pada bahagian anggota tubuh.
  19. Cirit-birit, kerap kentut, perut mual, perut kembnug dan sukar buang air besar.
  20. Kemampuan melihat dengan pandangan mata semakin lemah dan kerap mengalami rabun penglihatan secara mengejut.
  21. Bersedih, berduka-cita, suka merenung bersendirian, cemas, kalut, kerap terkejut dan perasaan takut yang berlebihan.
  22. Mengalami was-was yang dahsyat di luar kawalan dirinya (boleh membawa maut disebabkan tekanan/stress yang berlebih-lebihan).
  23. fikiran bercelaru dan kerap lupa.
  24. enggan berzikir kepada Allah dan malas berbuat amal ibadah.
  25. Tercium bau peluh yang tidak seperti biasanya, tercium bau busuk atau bau aneh yang kerap tercium oleh pesakit, meskipun kadang kala tidak tercium oleh orang lain yang berada di sisinya, disamping kerap mengeluarkan keringat sejuk dan sering kali hendak membuang air kecil.
  26. Kekuatan berjimak seorang suami mula melemah atau isteri kehilangan ghairah untuk berjimak.
  27. Kerap bermimpi melihat perkara-perkara yang mengerikan seperti bermimpi melihat haiwan-haiwan berbisa seperti ular tedung, anjing, kucing dan lain-lain atau haiwan yang tidak berbisa seperti unta atau melihat perkuburan, tempat sampah, jatuh secara mengejut dari tempat yang tinggi, tenggelam ke dalam air dan mimpi-mimpi lain yang mengerikan.
  28. Kerap mengigau ketika sedang tidur, sering melagakan giginya dengan suara kuat ketika tidur, sentiasa mengeluh atau merintih ketika sedang tidur.
  29. Sentiasa atau selalu ditindih oleh objek berat ketika sedang tidur.
  30. Kerap bangkit berjalan ketika tidur, bangkit dari tdur tanpa hala tuju atau sering bercakap yang bukan-bukan ketika tidur.
KEDUA: Gejala-gejala yang kadangkala dialami oleh pesakit ketika dirawat dengan ayat-ayat ruqyah, di antaranya adalah seperti berikut:
  1. Pengsan atau berpeluh dingin.
  2. Sesak nafas.
  3. Kelopak mata bergerak-gerak dengan cepat di luar kesedarannya.
  4. Memekik dengan suara yang kuat.
  5. Perut membunyut atau perut menjadi kembung.
  6. Suara mengalami perubahan atau kelaur suara aneh yang tidak seperti biasanya.
  7. Urat leher tiba-tiba membengkak.
  8. Mengamuk yang teramat sangat atau tidur secara tiba-tiba.
  9. Tertawa atau menangis tanpa sebab-sebab tertentu.
  10. Merasa pening, kepala terasa sakit, hendak muntah atau mengelurkan objek-objek tidak seperti biasanyadari segi bentuk mahupun warnanya.
  11. Rasa pening teramat sangat.
  12. Merasa berat pada bahagian anggota badan, merasa lenguh, suhu bandan yang secara tiba-tiba panas atau secara tiba-tiba menjadi sejuk.
  13. Merasa bahawa ada sesuatu yang menarik salah satu anggota tubuhnya.
  14. Merasa sakit hampir seluruh tubuh.
  15. Anggota tubuh bergerak dan bergetar di luar kawalan.
  16. Banyak mengeluarkan kahak.
  17. Penglihatan mata tiba-tiba berubah menjadi rabun.
  18. Bercakap tanpa dia sedari.
  19. Banyak mengeluarkan peluh, lebih-lebih ladi di kawasan tulang belakang.
  20. Air mata kerap berjatuhan atau hingus mengalir yang tidak seperti biasanya seperti selsema atau lain-lain.
  21. Kerap menguap atau tidak selesa duduk di suatu tempat.
  22. Gatal-gatal, muncul bintik-bintik di tubuh atau warna kulit menjadi merah.
  23. Merasa berat ketika membaca atau tidak minat menruskan bacaan ruqyah syar’iyyah.
  24. Menggigil secara mengejut dan boleh dirasakan hampir di seluruh tubuh.
  25. Kerap tidak sedarkan diri atau suara pernafasan terdengar kuat tidak seperti biasanya.
  26. Wajah berubah menjadi hitam, namun ketika sebaik sahaja bacaan ruqyah selesai, wajahnya kembali bersinar.
  27. Tercium bau yang teramat busuk yang keluar dari dalam perut menerusi mulut pesakit.
  28. Denyutan janutng yang begitu cepat disertai getaran pada dada yang tidak menentu.
  29. Kerap memejamkan mata atau mata sukar dipejamkan.
  30. Lidah tersa pahit ketika meminum air yang dibacakan padanya ayat-ayat suci al-Quran semasa ruqyah dibuat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...