Friday, March 18, 2011

Sihir Dan Rawatan.


Takrif Dan Pengertian Sihir:

Syeikh al-Zahri menakrifkan sihir sebagai berikut:”Sihir adalah amal perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya.”
Pengertian asal kalimat ‘sihir’ itu sendiri ialah ‘memalingkan sesuatu daripada hakikatnya kepada selainnya. Maka orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.


Pendapat Ibnu Qadamah:”Sihir ialah ikatan, jampi dan perkataan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akal tanpa menyentuhnya secara langsung.”

Cara Tukang Sihir Mendekati Syaitan:

Sesetengah tukang sihir menggunakan al-Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada yang menulis sebahagian ayat al-Quran menggunakan kotoran atau menulisnya menggunakan darah haid.

Ada yang menulis sebahagian ayat quran di tapak kaki atau menulis al-Fatihah secara songsang, bermula dari akhir ayat dan berakhir di awalnya hingga rosak ayat tersebut. Ada solat tanpa wudhu atau dalam keadaan berjunub. Ada pula yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut nama Allah s.w.t. pada waktu menyembelih dan kemudian membalingkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang ditentukan oleh syaitan.

Justeru, sejauh mana kekafiran tukang sihir, sejauh itulah ketaatan syaitan terhadapnya dan semakin cepat melaksanakan suruhannya. Sekiranya tukang sihir tidak mahu melakukan kekafiran-kekafiran yang disuruh oleh syaitan maka syaitan juga tidak bersedia menjadi khadamnya.
Kesimpulannya ialah tukang sihir dan syaitan adalah dua pihak yang bekerjasama dalam bermaksiat kepada Allah s.w.t. jika kita perhatikan wajah tukang sihir maka akan nampak kegelapan kekufuran yang meliputi wajahnya sepeti mendung hitam.

Sekiranya anda berkenalan dengan tukang sihir secara lebih dekat maka anda akan menyaksikan kehidupannya sentiasa di dalam sengsara. dia tidak pernah hidup tenang dan damai bersama isteri, anak-anak atau dirinya sendiri. dia tidak boleh tidur dengan tenang dan sentiasa cemas dalam tidurnya. bukan terhad kepada dirinya tetapi syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertelingkahan di kalangan mereka.

Maha benar Allah s.w.t. sebagaimana firmannya yang bermaksud:”Dan sesiapa yang berpaling engkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” – surah Taha ayat: 124.

Jauhi syirik dan carilah redha Allah s.w.t.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...