Segala aspek kehidupan berkaitan dengan soal hati
“Langkah pertama untuk berubah – terima hakikat anda bermasalah jika anda ada masalah”
3 kategori manusia:
1) Orang yang berjaya – hari ini lebih baik drp semalam
2) Orang yang terpedaya – hari ini sama seperti semalam
3) Orang yang celaka – hari ini lebih teruk daripada semalam
“Sesungguhnya Allah sangat mengasihi seseorang yang apabila melakukan pekerjaannya, dia melakukannya dengan cara yang paling baik” – Riwayat Thabrani
“Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya. Sesiapa yang menegur kesilapan saya adalah guru saya” – Peribahasa Cina
Jangkauan Minda – “Minda manusia apb diregang ke tahap baru… Tidak akan balik ke tahap lama”
“Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh ditingkatkan”.
“Ramai orang yang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah, tetapi mereka tidak tahu atau tidak nampak keperluan untuk berubah” – MFK
“Bila anda biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap”
“Sedari hakikat bahawa setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri dan kita yang perlu menyelesaikannya”
“Orang yang berfikiran negatif 10 kali ganda lebih peluang untuk mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif. Makanan kepada penyakit ialah pemikiran yang negatif” – Prof B. Siegel
Cara mencuci hati:
- Dirikan solat dan berdoa
- Istigfar dan zikrullah
- Solat taubat dan solat tahajud
- Baca Al-Quran/kitab/hadith
- Meminta dan memberi maaf
- Bisikan kendiri yang positif
- Muhasabah dan murakabah
- Mencuci minda dan memprogramkan semula minda-bersangka baik
- Berpuasa
- Ingat mati
- Kekalkan wuduk
- Bersedekah
- Beri orang makan
- Jaga makanan
- Berkawan dengan ulama’ dan berkawan dengan orang yang susah
- Pesan memesan untuk kebaikan
- Jaga pancaindera
“Untuk mengenal peribadi yang sebenar, kita perlu membezakan antara:
- Sifat semulajadi
- Sifat yang dibentuk melalui latihan, bimbingan, nasihat, kaunseling, memprogram minda dan doa”
No comments:
Post a Comment