Friday, January 21, 2011

Caruman dinaikkan semula kepada 11 peratus

KUALA LUMPUR - Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada lapan peratus berkuat kuasa gaji Januari 2011.

"Majikan perlu memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011,” kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan hari ini.



Kadar caruman berkanun bahagian pekerja sebelum ini diturunkan daripada 11 peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.

Nik Affendi berkata, ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus, katanya.

Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000 atau mengemukakan pertanyaan melalui laman web MyEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...