Tuesday, February 23, 2010

Bimbang penguasaan wanita


KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.. ( selanjut klik disini )

*** Dalam institusi kekeluargaan / kerumahtanggaan pun wanita sudah lama boleh membuat keputusan walaupun berjawatan sebagai surirumah..

Sebagai Contoh..

1. Setiap kali menjelang Hari Raya
2. Setiap kali ada jualan murah
3. Setiap kali suami dapat gaji
4. Setiap kali pergi melancong
5. Setiap kali menerima menantu

2 comments:

MAMA said...

kerja kerajaan rilex, mmg sesuai utk wanita. keje lebih krg pun takpe, benifit byk, mengandung byk kali pun tak pe, cuti sng, lagi pun majoriti wanita cemerlang.

Anonymous said...

hmm..sesuai untuk wanita yang suda bekeluarga dan tak nak pening2 keje...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...