Tuesday, February 23, 2010

Tips Kejayaan Bisnes Internet

Menjadi trend terkini, berlumba-lumba orang ingin menjana pendapatan di internet bagi menampung kos hidup seharian. Ada yang berangan-angan mahu mengikut jejak Jutawan Internet, Dr Irfan Khairi dan yang lain-lain. Namun, bagaimana mereka melakukannya?

1. Melabur untuk ilmu

Sebelum anda menjalankan bisnes yang berdaya saing, sudah tentu anda seharusnya ‘belajar’ sedikit sebanyak dari org lain tentang bisnes yang menguntungkan. Sebab itulah ramai usahawan, bakal-bakal usahawan pergi ke seminar, bengkel, beli buku, baca artikel, mendapatkan maklumat melalui forum, blog dan sebagainya di internet yang membolehkan mereka mendapatkan tips² dan info tentang perniagaan internet. Apabila kita mahu menceburi sesuatu perniagaan, pastikan anda mempunyai ‘ilmu’ supaya perniagaan dapat berjalan dgn baik dan tidak tersekat di separuh jalan.

Tidak hairanlah orang sanggup invest duit beribu ringgituntuk beli buku dan pergi seminar belajar dari sifoo² ebiz yang handal. Mereka ini serius dan sudah pasti tips² dari sifoo mereka itu memberi inspirasi yang jitu bagi mereka berusaha mencapai impian yang diinginkan.

2. Cara berfikir yang positif

Apabila anda berfikiran positif dan yakin boleh dalam melakukan sesuatu perniagaan maka ia telah memberi satu perangsang dalam menjayakan apa yang kita laksanakan. Anda seharusnya bijak menggunakan pemikiran dan mengawal emosi dari bertindak terburu-buru. Usah cepat give up apabila gagal mencapai apa yang diinginkan dalam perniagaan, ia sebenarnya salah satu ujian untuk anda mencapai kejayaan, gagal bukan bererti selamanya, gagal itu adalah batu loncatan kepada kejayaan.

3. Product atau Service ?

Ini sesuatu yang penting dalam perniagaan internet. Anda seharusnya membuat research untuk menjalankan ebiz anda dgn lebih baik. Sama ada produk atau servis kedua-duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri, apa yang penting kembali kepada asas. Apa yang menyebabkan orang membeli produk atau servis anda ? Di situ anda akan belajar sedikit tentang demand dan supply, permintaan dan penawaran. Tanpa ada demand sudah tentu tiada org yang membeli produk/servis anda. Sebab itu anda tawarkan sesuatu yang orang mahu beli, sesuatu yang bernilai dan berkualiti.

Contoh mudah ialah anda tidak perlu mempunyai produk ataus ervis sendiri bagi menjalankan ebiz, cukup dgn jadi agen atau affiliate sesuatu barangan atau servis dan dapat komisyen keuntungan dari setiap jualan. Biasanya, barangan/servis dengan cara affiliate anda takkan menanggung risiko rugi kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal sebaliknya pengeluarbarangan/servis itulah yang menyediakan barangan dan membayar komisyen kepada anda

Amalkan SWOT Analysis, buat kajian tentang diri, keupayaan serta persekitaran anda. Contohnya Strenght (kekuatan/keupayaan yang anda miliki) , Weaknesses
(kelemahan yang anda ada) , Opportunities (peluang² yang anda boleh gunakan) dan Threat (kenalpasti ancaman dan cabaran yang bakal dihadapi). Semua ini akan memberi ‘clue’ dan gambaran ttg produk atau servis yang sesuai dan boleh
anda laksanakan.

4. Mencari ‘target market’

Setelah anda mempunyai hot product atau services sudah tentu ada permintaan atau demand daripada product/servies tersebut.. Inilah dinamakan target market. Siapakah golongan sasaran anda ? siapa pembeli anda? umur mereka,
jantina, status kerjaya, minat, hobi dan sebagainya yang boleh anda ketahui. Ini penting apabila kita mengetahui dgn baik latarbelakang target audience atau target market maka kita akan mudah membuat rangka promosi dan marketing
product/services anda.

5. Sistem Pemasaran yang efektif

Setelah anda mempunyai hot product or services dan mengenali target market anda sudah tentu tiba masanya yang praktikal melaksanakan agenda ‘marketing’. Ini kerana tanpa proses marketing ia akan menjadikan bisnes itu tidak berfungsi, sebab itu pentingnya marketing sebagai salah satu langkah utama dalam survival bisnes…

Apakah cara yang paling efektif dalam marketing ? Iniadalah soalan yang biasa ditanya oleh banyak org dalammenceburi Perniagaan Internet Ramai orang tahu bisnes tapitak ramai yang tahu akan aspek marketing. Kenapa ? Iniadalah kerana marketing adalah bahagian yang palings ubjektif sekali. Marketing adalah satu seni utk mempromosikan barangan atau perkhidmatan anda kepada orang ramai.

Tidak kisahla anda guna saluran apa pun seperti saluran media cetak, elektronik, poster, flyers, business card, viral marketing, etc, setiap satu itu adakeberangkalian dan potensi utk mendapatkan ‘customer’.Adakalanya promosi secara poster lagi berkesan daripada viral marketing dan begitulah sebaliknya. Ia mempunyai hasil yang berbeza. Jadi, berbalik kepada soalan kita
Apakah cara yang paling efektif dalam marketing ?. Ia sebenarnya berkait rapat mengenai ‘return on investment (ROI)’ .

Pemasaran efektif ini melibatkan hasil yang banyak dengan apa yang kita dah laburkan. Contohnya banyak orang laburkan RM150 utk iklankan produk di Berita Harian bahagian teks di bawah artikel selama seminggu. Dan mereka mendapat purata 10 org pelanggan dalam masa seminggu. Dan setiap pelanggan
memberi keuntungan sebanyak RM20 dan bermakna net profit RM20 x 10 org = RM200 seminggu dan mereka juga buat iklan di dalam web dengan kadar RM150 seminggu dan purata pelanggan sebanyak 1 org sahaja iaitu keuntungan RM20 x 1 org = RM20 seminggu.

Dalam kes di atas iklan di berita Harian lebih efektif berbandingwebsite. Jadi di sinilah kajian ROI (return on investment) dibuat dengan bijaksana iaitu melaburkan lebih banyak di Berita Harian untuk menjana keuntungan yang maksimum, walaupun kadar atau bayaran marketing rm150 sama di Berita Harian dan website tetapi yang paling mendatangkan banyak hasil ialah Berita Harian.


6. Website sebagai business tools yang paling efektif
Kebanyakan usahawan internet mempunyai website masing². Ada yang buat simple website hanya dengan oline order form, ada yang buat portal shopping cart, malah ada juga yang hanya buat blog. Tidak kisahla apa jua bentuk web tetapi ia tetap boleh dilayari melalui Internet dan dari Internet. Itulah mereka generate income.

Dan mengenai website, apa yang perlu anda ketahui tentang website ? Senang sahaja. Anda kena mengetahui cara membangunkan web ebiz yang paling berkesan dan efektif. Bagaimana? Ikuti tips di bawah :

a. Web hosting dan domain name yang praktikal

Biasanya web hosting dgn 1GB mudah didapati sekarang ini dengan pelbagai promosi, yang penting cari provider yang boleh beri online support yg bagus. Sekurang-kurangnya, kalau ada downtime mereka akan cepat2 settlekan. Dan carilah web hosting yang menggunakan Cpanel, kerana Cpanel mempunyai banyak kelebihan, contohnya install shopping cart sendiri, blog sendiri, forum, guestbook dan yang lain-lain.
Domain name pula tak perlulah panjang atau mengelirukan.Cukup domain name yang senang diingati contohnya sepertiyahoo.com , panduanhtml.com , google.com etc. Domain nameyang simple dan senang ingat adalah satu kelebihan.

b. Design yang simple dan sistematik dengan fungsi yg menarik

Web ebiz tak perlu design² yang gempak dan heavy. Kenapa ? Ini kerana kita mementingkan konsep user friendly. Sekiranya web ebiz siap dengan flash kemudian graphic yang terlampau banyak sehingga memakan masa untuk loading, maka alamatnya pengunjung akan ‘keluar’ dari website anda kerana tak sanggup menunggu web loading yang lembab. Cukuplah design yang simple dan focus pada bisnes anda.

c. Testimoni
Boleh muatkan testimoni dan pandangan pelanggan mengenai produk/services anda. Ia sedikit sebanyak mempengaruhi pengunjung dan menjadikan website anda sebagai iklan yang paling efisien. Pendekatan ini banyak digunakan oleh Internet marketers bagi melariskan produk/servis mereka. So boleh memanfaatkan testimoni utk dimuatkan di dalam website anda.
Salam usahawan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...