Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul 2010

Justify FullAssalamualaikum warahmatullah wabarakatuh…

Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat teman sekalian, Alhamdulillah, segala puji kita panjatkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.

Tanggal 26 Februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431H, kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah SAW. Keputeraan Rasulullah dan perutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat besar buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat daripada terus dibelenggu arus jahiliyah.

Dengan berbesar hati, saya mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2010 buat semua teman-teman se-Islam, tidak lupa juga rakan-rakan di seluruh ceruk rantau bumi Malaysia ini. Marilah bersama-sama kita menjunjung kecintaan pada baginda SAW, kita telusuri sejarah baginda dan kita agungkan dakwah serta jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda sebagai ikon terbaik hidup kita. Benarlah seperti catatan Micheal Hart yang telah meletakkan baginda SAW sebagai manusia nombor satu – yang paling terkenal dan berpengaruh di dunia.

p/s:- Berselawatlah banyak-banyak untuk junjungan besar kita, Rasulullah SAW… :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...