Adakah anda seorang yang sukar untuk bangun pada waktu pagi? Rasa mengantuk pada waktu petang? Adakah fikiran anda sentiasa teringatkan tilam empuk, walaupun ketika anda sedang sibuk bekerja pada waktu siang?
Ini semua adalah senario biasa di kalangan kita sebenarnya. Bukan kerana kita malas, tetapi ramai antara kita kekurangan suatu aktiviti yang penting dalam hidup kita, iaitu TIDUR.
Alahai lenanya dia...
Alahai lenanya dia...hik hik
Malangnya, pada zaman kita semua berlumba-lumba mengejar kemakmuran dan terpaksa bekerja hingga lewat petang atau malam, kita mudah terjebak ke dalam gaya hidup yang tidak sihat.
Tahukah anda, banyak sekali hasil penyelidikan membuktikan bahawa tidur dan kesihatan itu adalah saling berkait rapat.
Dalam satu artikel yang saya pernah baca, iaitu hasil tulisan Lawrence Epstein, M.D., Pengarah Perubatan Serantau Sleep Health Centers di Boston, Massachusetts, dan bekas presiden American Academy of Sleep Medicine mengatakan bahawa, kebanyakan orang memerlukan 7 hingga 8 jam waktu tidur semalaman. Tidur ini diperlukan bukan semata-mata untuk menjaga kecantikan kulit dan menyerikan wajah, tetapi ia adalah untuk membantu mengekalkan kesihatan!
Jadi, berhati-hatilah jika anda seorang yang selalu tak cukup tidur. Kerana, kurangnya tidur, boleh menjadi punca beberapa masalah kesihatan. Berikut ini adalah beberapa kesan buruk daripada kurangnya tidur (mengikut satu hasil kajian) ;
* menyebabkan peningkatan berat badan
* menyebabkan tekanan darah tinggi
* menyebabkan sistem imun kurang berkesan
* menyebabkan badan jadi lemah dan lesu
* menyebabkan muka jadi tak ceria dan pucat
* menyebabkan pedih-pedih pada mata dan mata jadi merah
* mudah tumbuh jerawat pada muka
* menyebabkan otak berserabut dan tertekan
* mudah pening kepala
Jadi, TIDUR itu sangat penting yer. Mama saya selalu pesan, “Jangan jadi macam musang yang suka berjaga malam. Tak bagus untuk kesihatan. :)
Tapi, kalau jaga malam untuk buat qiamullail. Dipersilakan! Sangat-sangat digalakkan. Ada banyak kelebihan dan rahsia orang yang selalu buat qiamullail ni.
Apapun, dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimanakah cara kita boleh mendapat tidur dan rehat secukupnya pada waktu malam.
Berikut adalah beberapa tips yang saya amalkan dan mungkin juga anda boleh amalkan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
* Menetapkan rutin waktu tidur yang sesuai. Contohnya, tetapkan waktu tidur anda jam 11.30 malam. Pastikan apabila dah dekat jam 11.30 malam tu, baringlah atas tilam empuk anda. Golek-golek sikit, termenung sikit, berangan sikit, dan jangan lupe baca ayat Quran yang dianjurkan seperti ayat kursi, 3 Qul dan doa tidur.Janganlah pulak, dah dekat kul 11 malam, baru nak terhegeh-hegeh pasang DVD movie kegemaran anda. Nanti syok layan movie, terlajak pulak masa untuk anda tidur. Patut tidur pukul 11.30 malam, tapi disebabkan layan movie, tidur la pukul 1 pagi. Kan dah tak cukup tidur dah jadinya tu nanti.
* Padamkan semua lampu. Tidur dalam gelap. Sesetengah orang ada juga yang tak boleh tidur dalam keadaan yang terlalu gelap. Apa2pun, ejas la ikut kesesuaian anda. Kalau saya, memang suka tidur dalam keadaan yang gelap gelita.
* Tutup semua peralatan yang menyebabkan bunyi bising, contohnya radio ker, TV ker dan lain-lain.
* 5 minit sebelum tidur, sembur sedikit air freshner dalam bilik tidur supaya udara menjadi lebih segar dan harum gitu.
Sekian, itulah beberapa tips yang saya amalkan dalam memastikan tidur saya lena dan mendapat rehat yang mencukupi. Korang pula bagaimana? Takde apa2 tips ker?

No comments:
Post a Comment