Thursday, February 4, 2010

Nasi Lemak & Sambal Tumis Udang

Oklah... arini kami nak share resepi nasi lemak yg kiteorg masak semalam...

Nasi Lemak

Bahan-Bahan
2 pot beras – cuci dan toskan
1 kotak (200ml) santan Harmuni – kteorang guna santan kotak je, kalu nak guna pure santan bole aje
3 pot air
2” halia }
3 ulas bawang putih } ditumbuk
2 btg serai – dititik
3 helai daun pandan
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil halba – bersihkan terlebih dahulu.


Cara Memasak
1. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan campurkan semua bahan dan kacau sebati.
2. Tanak nasi seperti biasa.

Bahan sampingan
Kacang tanah – digoreng
Ikan bilis – digoreng
Telur – direbus (lepas tu kopek & belah 2)
Timun – buang kulit & hiris.

Sambal Tumis Udang
Bahan-bahan
1 kg udang (sederhana besar) – kopek buang kulit tinggalkan ekor je

Bahan dikisar
30 tangkai lada kering
10 ulas bawang kecil
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
2” halia
1” kunyit

2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3 btg serai - dititik
1 genggam asam jawa – ambil airnya
1 ulas bawang besar – dipotong bulat
Garam & gula secukup rasa

Cara Memasak

1.Tumiskan bahan-bahan yg dikisar hingga wangi dan naik minyak (kalau belum naik minyak tapi dah kering boleh tambah air dlm 1 mug).
2.Tumis lagi sampai agak kering sikit.
3.Masukkan serai yg telah dititik, tumis lagi sikit.
4.Masukkan sos tomato & sos cili dan tumis lagi.
5.Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Lepas tu kacau rata.
6.Bila sambal mendidih masukkan udang dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau rata. (jgn masak udang lama sgt, nanti udang tu liat cam getah)
7.Dah siap boleh makan dgn nasi lemak tadi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...