Tuesday, February 23, 2010

Cara Mengawal Masa Dengan Berkesan


Saya masih ingat lagi, dalam satu ceramah yang saya dengar, seorang ustaz pernah cakap;

“Berkat bukan hanya ada pada harta dan wang ringgit. Tetapi MASA juga ada berkatnya. Masa yang berkat ialah, masa yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ia tidak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.”

Sambung ustaz itu lagi,

“Salah satu tanda Allah sudah tidak pedulikan kita ialah apabila masa kita tidak diisikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat.”

Begitulah antara kata-kata yang sangat memberikan kesan pada hati saya.

Sekarang, mari kita cuba sama-sama renung dan nilaikan, adakah masa kita terisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat? Atau kebanyakan masa kita habis begitu saja? Tengok TV berapa jam? Berborak-borak kosong berapa jam? Main internet berapa jam? Melepak berapa jam? Adakah masa yang kita lalui adalah masa yang mendapat keberkatan daripada Allah?

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan semua pembaca sekalian tentang petua atau cara yang saya amalkan dalam usaha untuk mendapatkan masa yang berkat. Sama-samalah kita cuba amalkan yer.

1. Bangun awal pagi
Cuba bangun pagi seawal yang boleh. Setidak-tidaknya 30 minit sebelum Subuh. Kalau saya nak senaraikan kelebihan bangun awal ni, memang ada banyak sekali. Namun, cukuplah saya katakan bahawa, kalau bangun awal, kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah.


2. Amal baca surah Yaasin setiap pagi
Seboleh mungkin, cubalah peruntukkan masa 15~30 minit untuk baca Surah Yaasin pada setiap pagi. Tak kiralah nak baca sebelum Subuh ker, selepas Subuh ker, dalam kereta masa pergi kerja ker, atau boleh juga dibaca sebelum masuk pejabat. Surah Yaasin banyak sekali kelebihannya. Menurut Ustazah Fatimah Az-Zahra, Surah Yaasin adalah surah yang memudahkan. Sesiapa baca surah Yaasin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan. Tak percaya? Cubalah amalkan. InsyaAllah anda pasti akan merasai kesannya.


3. Senaraikan kerja yang perlu dilakukan
Pada setiap pagi, sebelum memulakan apa-apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu anda bereskan hari itu. Buat perancangan. Tetapkan ‘daily goal’ anda. Buat pelan tindakan. Atur strategi anda dalam menyelesaikan kerja-kerja anda.
*Pastikan anda TULIS pada kertas, bukan ingat dalam kepala saja. Sebab, dengan menulis kerja yang anda ingin lakukan, anda tidak akan lupa. Dan tulisan anda itu sebenarnya akan memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada diri anda dan memberikan semangat untuk menyelesaikan kerja anda itu dengan segera.

4. Jangan tangguhkan kerja, laksanakan sekarang juga
Tekadkan dalam hati, sentiasa bisikkan pada diri ; “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.”
Kalau anda berasa malas, berhenti rehat seketika, cuba lihat kembali senarai kerja yang perlu anda lakukan. Sambil lihat senarai kerja anda, cuba katakan pada diri anda, “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.”

5. Sentiasa bawa buku bersama anda
Apabila ada saja masa lapang, ketika tunggu bas ker, masa panaskan enjin kereta ker, masa dalam lift ker, masa tunggu giliran di bank ker, buka buku yang anda bawa tu dan bacalah.
Percaya atau tidak, dengan amalkan sentiasa bawa buku ke mana saja ini, saya berjaya membaca sekurang-kurangnya 2 buah sebulan.

Sekian, itulah beberapa cara yang saya lakukan dalam mengawal masa saya agar ianya dimanfaatkan sepenuhnya. Anda bagaimana? Apa yang anda buat untuk mengawal masa anda??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...