10 hari lagi Kalendar Maya - 21 Disember 2012.
10
hari lagi Kalendar Maya akan tamat. Golongan taksub menganggap 21 Dis
2012 akan berlakunya kiamat. Konteks Kiamat yang diimani mereka : 1-
Bumi saja yang hancur 2- Sesetengah bahagian bumi akan tenggelam 3-
Masih boleh selamatkan diri bawah tanah 4- Bina 1 kapal besar dan kukuh
5- Keluar dari bumi, menginap di angkasa
Kiamat yang sebenar
seperti yang digambarkan oleh Allah dalam Al-Quran adalah : 1- Bumi akan
dihancurkan sehancur2nya 2- Gunung ganang akan berterbangan seperti
kekapas (Bayangkan Gunung Everest terangkat, terlambung dan
berterbangan) 3- Langit akan pecah 4- Planet akan berlanggar antara 1
sama lain 5- Ibu yang sedang pegang anak kecil campakkan anaknya 6-
Matahari hancur binasa 7- Bintang2 meletup 8- Alam cakerawala dilipat
semahu2nya
Oleh kerana mereka mengimani kiamat seperti yang
saya sebutkan, maka kiamat 2012 Tamadun Maya menjadi bahan ampuh untuk
kaut keuntungan. 1- Filem 2012 memperoleh kutipan berbilion ringgit 2-
Tanah di Afrika ramai yang beli, sebab katanya di sana saja akan
terpelihara dari 'kiamat' 3- Barangkali ada agensi yang tawarkan
perkhidmatan berpindah ke rumah angkasa
via DrMAZA.com
: ..dalam hadis al-Bukhari Jibril dan Nabi s.a.w sendiri tidak tahu
tentang bilakah Kiamat..sesiapa yang mempercayai ramalan kalendar Maya
kononnya pada bulan Disember tahun ini akan berlaku Kiamat maka dia
seakan mempercayai bahawa Kaum Maya lebih mengetahui daripada Jibril dan
Nabi Muhammad s.a.w..
No comments:
Post a Comment