Friday, February 24, 2012

SBPA Kenaikan gaji kakitangan kerajaan = mutu dan kualiti perkhidmatan .

Bernama melaporkan Cuepacs hari ini menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54 yang sepatutnya dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu. Ia ditangguhkan kerana pasukan petugas khas selesai menjalankan semakan.

Kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia-SSM sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi SBPA, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Di antara tuntutan Cuepacs ialah;
  • Gred 1 hingga 16 kenaikan-RM700
  • Gred 17 hingga Gred 26 kenaikan-RM1,000
  • Gred 27 hingga Gred 40 kenaikan -RM1,500
  • Gred 41 hingga Gred 48 kenaikan -RM1,800
  • Gred 52 hingga Gred 54 kenaikan -RM2,500
Contoh pengiraan :Mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800. Wow!!
  • Pekerja Gaji maksimum atau berada pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
Contoh pengiraan :Mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500.
  • Mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
Baguslah kalau gaji naik, tapi bagaimana mutu dan kualiti perkhidmatan turut dipertingkatkan. Tujuan dinaikkan gaji supaya kuranglah beban hidup disebabkan kos yang semakin meningkat. Tapi kalau mutu dan kualiti masih pada tahap yang sama, sia sia lah kenaikan itu.

Pada masa ini, ramai usahawan yang menggunakan khidmat pekerja asing melalu peringkat kedua iaitu temuduga. Temuduganya tidaklah sesukar permohonan jawatan tetapi agak leceh. Lecehnya apabila pegawai yang terlibat tiada ketika waktu yang dijadualkan, pegawai pergi minum, pegawai mesyuarat, dan berbagai alasan lagi sedangkan usahawan ramai yang menunggu. Dah la semasa pendaftaran dulu pun, menunggu giliran 5- 8 jam adalah biasa. Memang suasana 1Malaysia betul masa tu. .. Jabatan Imigresen Malaysia

Bayangkan la terpaksa membatalkan trip business yang lain semata-mata untuk mengikut jadual yang diberikan tapi diberitahu pegawai tiada. Tiada pegawai ganti ke? Perkara yang boleh diselesaikan hanya sebentar waktu menjadi lama. Lepas tu pula diberitahu boleh datang bila-bila masa.

Sabar sebahagian dari iman.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...