Saturday, February 4, 2012

Bekam Wanita di Kuala Lumpur: Bekam Sunnah Untuk Merawat Gangguan Jin.

 
1) Pesakit gangguan jin perlu dirawat dengan kaedah bacaan Al Quran,minum air yang dibacakan Al Quran dan mandi air yang dibacakan Al Quran juga.

2) Pesakit gangguan jin juga perlu makan/menggunakan herba sunnah seperti makan kurma ajwa,lumur minyak zaitun tempat yang sakit,minum madu dan makan habbatus sawda.

3) Pesakit gangguan jin juga perlu mendapatkan rawatan AL HIJAMAH ataupun bekam sunnah,berbekam ditengkuk/kepala ataupun ditempat yang sakit bagi mengeluarkan racun/endapan sihir.

4) Pesakit juga perlu membaca ayat perlindungan sebanyak mungkin setiap hari seperti amalan membaca Kursi ataupun 3 Qul.

Kesimpulannya adalah tidak tepat jika pesakit gangguan jin hanya menjalani terapi ruqyah sahaja tapi tidak pernah berbekam,tidak hairanlah pesakit gangguan jin menderita bertahun-tahun lamanya,jadi untuk kesembuhan maksimum pesakit gangguan jin perlu menjalani 4 kaedah rawatan yang saya sebutkan diatas tadi iaitu termasuk berbekam sunnah.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...