Sekiranya kita baru menduduki sebuah rumah baru atau lama, adakalanya kita merasa bimbang akan gangguan dari makhluk halus seperti jin dan sebagainya yang mendiami rumah itu terutamanya rumah yang telah lama tidak dihuni. Untuk mengelakkan dari sebarang gangguan itu, marilah kita sama-sama berusaha melakukan amalan yang ingin kongsikan ini. InsyaAllah.
1. Memberi Salam
“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” – [Al-Nur 24:61]
2. Laungkan Azan
Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Sebaiknya azan di setiap penjuru rumah.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan, pejabat atau rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus yang dikenali sebagai Al-’Ammar. Ia suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
3. Membaca Surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah jika dibacakan Surah Al-Baqarah.”
Tekankan bacaan ayat Kursi. Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :’
Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’ – Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya.
4. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
5. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan Al-Falaq
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali. Surah Al-Falaq dibaca sebanyak 111 kali. Paling lama pun kita mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk menghabiskan bacaan tersebut. Maka dengan kehendak dan izinNYA, segala mala penghuni halus yang telah menghuni rumah itu akan segera keluar insyaAllah.
6. Menyediakan jamuan atau Wakeerah
Menjemput jiran baru. Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :
“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.
No comments:
Post a Comment