Sunday, December 18, 2011

Pakej Rawatan Spa


Terdapat pelbagai khidmat rawatan kecantikan khas untuk bakal-bakal pengantin yang boleh didapati di mana-mana salun kecantikan atau mana-mana pusat kecantikan.


Pakej Perkahwinan / Rawatan Kecantikan Pengantin.

Antara perkhidmatan yang disediakan seperti:

1. Rawatan Muka ( ultrsonic, high frekuensi, photon therapy )

2. Rawatan Mata ( collagen pure, herbal treatment )

3. Rawatan Milia (bintik kolestrol yang berwarna kuning yang tidak kelihatan kepalanya, selalunya didapati pada kawasan mata)

4. Rawatan Melangsingkan Badan

5. Rawatan Selulit

6. Perkhidmatan Juru Runding Kecantikan

7. Solekan Pengantin, Tunang dan Dinner

8. Urutan Badan Moden, Traditional, Accupressure Cina

9. Rawatan Bekam Al Hijamah

10. Rawatan Urutan Pembuangan Toksik dan pelbagai lagi.



BODY SCRUB

Body Scrub :- lulur dilakukan untuk menghaluskan kulit badan serta membuang sel kulit mati diatas kulit. Ini secara tidak langsung akan mempercepatkan pertumbahan sel baru, pada masa yang sama mencerahkan dan memutihkan kulit.Ia juga dapat melancarkan sistem peredaran darah dan sistem limpa.

Sesuai untuk:

* Bakal pengantin yang ingin kulit lebih halus dan putih
* Sport woman, untuk kulit yang sekata dan tidak kusam.
* Wanita yang mempunyai kulit kusam, kuat berpeluh dan mempunyai Blackhead dan pimples yang kerap tumbuh. Eloklah rawatan dilakukan sebulan 3 kali.
* Wanita yang kerap letih, lesu dan tidak bermaya. Elok lah dibuat seminggu sekali.
* Salah satu aktiviti deep cleanse untuk menghilangkan bau badan yang kuat. Eloklah dilakukan seminggu sekali, tengok keadaan.


BODY BLEACHING
Body Bleaching :- Salah satu kaedah terkini untuk mencerahkan kulit badan dalam masa yang singkat. Ianya dapat mencerah dan menjadikan bulu roma tidak kelihatan.

Sesuai untuk:

* bakal pengantin yang kulitnya sensitif tak tahan sakit waxing badan.
* bakal pengantin yang ingin tampak lebih halus dan cerah serta merta kulitnya.
* sports woman yang ingin cerah dengan serta-merta.
* wanita berkarier yang ingin tampak lebih cantik dan bergaya dengan melakukan facial bleaching.
* bagi mereka yang yang mempunyai bulu yang agak ketara diatas mulut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...