Sunday, December 18, 2011

3 cara untuk hilangkan selulit




















Sebelum mendalam lebih jauh mari kita kenali dulu apakah itu selulit..
  • Selulit biasanya muncul di tempat-tempat yang menyimpan lemak degil seperti di punggung, paha, lengan dan perut. 
  • Selulit mula kelihatan apabila kumpulan lemak-lemak ini mula menolak tisu-tisu dibawah kulit kita. 
  • Berpunca dari pelbagai faktor seperti keturunan, cara hidup, peningkatan usia, ketebalan kulit dan pemakanan. 
  • Selulit lebih mudah menyerang wanita berbanding lelaki kerana hormon estrogen dan kecenderungan kulit wanita yang lebih nipis.

Realitinya selulit mampu menyerang sesiapa sahaja termasuklah anda yang kurus.
Tapi tidak perlu risau, ada cara yang telah terbukti mampu untuk memudarkan dan menghilangkan kesan selulit ini. Jom ikuti cara-cara ini. Hanya tiga cara yang diperlukan untuk memastikan anda kurus tanpa selulit.


























i) Makanan berkuasa untuk melincinkan selulit
Nasihat pakar sememangnya betul, amalkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Pilihlah buah-buahan dan sayuran yang berwarna terang.

Sayur-sayuran:
Tomato, brokoli, lobak, ubi kentang, limau nipis.

Buah-buahan:
Tembikai, beri, oren, lemon dan buahan-buahan kering seperti kurma, aprikot dan buah prun.
Jika anda memilih untuk menikmati buah-buahan kering pastikan tidak terlebih makan kerana ia kadangkala mengandungi gula yang agak tinggi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...