Thursday, June 23, 2011

Contest Like di Facebook: Satu Pandangan

Facebook Like

Adakah Contest Like Releven?

  • Antara tujuan utama contest Like adalah untuk menaikkan jumlah fan di fanpage. Betul tak? Contohnya, contest gambar paling comel. Korang kena post gambar korang kat wall fanpage penganjur, kemudian korang kena mintak kawan-kawan korang tolong Like gambar korang. Sebelum kawan-kawan korang Like gambar, diorang mesti Like dulu page penganjur tu kan? Jadi kat sini, saya rasa ia sangat releven.
  • Walaubagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, ianya boleh jadi tak releven. Pernah tak korang tengok, peserta yang tidak layak menang (sebab gambar tak menepati syarat, gambar tak menarik etc)  tapi diorang tetap menang sebab dapat Like paling banyak? Padahal ada lagi peserta yang lebih layak untuk menang.


Spam dan Penipuan
Rasanya semua orang dah tau pasal perkara ni, tapi mungkin ada jugak  yang tak perasan. Antara masalah utama dari contest Like ni adalah Spam dan juga Penipuan:
  • Kebanyakan orang mesti pernah di Spam di Facebook, ada invitation untuk event. Padahal suroh korang Like penyertaan korang dalam pertangdingan. Ingat, jangan salah guna function “event” di facebook. Function “event” tu untuk invite orang menyertai event, bukan untuk ajak orang Like untuk bagi korang menang.
  • Penipuan, antara satu sebab kenapa contest Like paling banyak boleh jadi sesuatu yang membosankan dan menjengkelkan. Ye tak? Mesti korang pernah tengok mesej cam kat bawah ni kan? Tak pelik ke, sorang boleh tukar-tukar Like sampai 20 Like. Dan satu lagi, memang betul, banyak fake profile yang dibuat semata-mata untuk “menang -kan” peserta.
Tipu
Mesti korang pernah nampak kan orang spam nak bertukar-tukar like camni?

Polisi Facebook yang baru

Saya baru terbaca beberapa minggu yang lepas mengenai Polisi Facebook (Facebook Promotion Guidelines) yang baru ni . Dalam polisi tersebut, ada satu pernyataan yang berkaitan dengan contest/promosi menggunakan cara Like yang dilarang:
5. You must not use Facebook features or functionality, such as the Like button, as a voting mechanism for a promotion.  (Facebook Promotion Guideline)
Pada masa yang sama, pernah satu fanpage French yang mempunyai 130,000 fans telah di ban kerana telah melanggar polisi facebook. Penat-penat kumpul fan, tetiba kena ban. Nak ke? Haha
In the past couple of months, a French brand’s Facebook page got cut off (with no warning) because the company failed to comply with Facebook’s new Terms of Use. The page had 130,000 fans, a number significant enough to show that Facebook does not discriminate: if you do not respect the rules, you will log in one day to find your page is missing, even if your fan base is in the 6 digits. (Do’s and Dont’s: Contest in Facebook , Socialmediatoday.com)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...