URUTAN adalah sentuhan ajaib yang mampu membantu bayi membesar lebih cepat, memperkuatkan daya ketahanan untuk melawan penyakit dan menjadikan bayi lebih berkeyakinan. Ini terbukti berdasarkan beberapa kajian yang dibuat oleh beberapa institusi kesihatan di luar negara sejak 1958 lagi seperti Touch Research Institute (TRI), Hospital Bellevue dan pakar psikologi, Ruth Rice. Ada lebih 100 penyelidikan dan terbitan berkaitan manfaat urutan bayi yang disiarkan.
Bayi yang diurut menunjukkan prestasi kesihatan lebih baik berbanding bayi yang tidak diurut. Urutan menenangkan bayi, melegakan kembung atau kolik, kesakitan dan melancarkan penghadaman.
Peluang eratkan hubungan ibu, anak
FAEDAH urutan bukan perkara baru, tetapi sudah diketahui sejak zaman purba yang menggunakannya sebagai kaedah rawatan kesihatan. Teknik urutan juga digunakan kebanyakan budaya seperti Mesir yang menggunakannya untuk merawat histeria, India pula menggunakan urutan yang agak kasar tanpa mencederakan bayi, Greece dan Rome pula menggunakan urutan untuk menguatkan otot dan China untuk tujuan perubatan.
Kesan urutan ke atas bayi awalnya ditemui di kalangan bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan atau pramatang oleh Pakar Psikologi, Ruth Rice pada 1975. Bayi pramatang diurut selama 15 minit sebanyak empat kali sehari dalam tempoh sebulan. Hasil kajian mendapati mereka tidur lebih lama dan berat badan meningkat. Pada 1938, jururawat di Hospital Bellevue menjadikan rutin mendukung dan mengurut bahagian belakang bayi setiap hari. Aktiviti ini menunjukkan penurunan kadar kematian bayi daripada 30 peratus kepada kurang 10 peratus.
Bayi pramatang yang berada di dalam inkubator hanya mendengar bunyi berdengung. Setiap kali tingkap inkubator dibuka, bayi berasa tertekan kerana trauma akibat sering dicucuk dengan jarum mahupun dipasang wayar. Apabila diusap, mereka kelihatan lebih tenang. Urutan berjaya memberi peluang kepada 72 peratus bayi menambahkan berat badan dan dapat keluar awal daripada hospital.
Usaha berkenaan dilakukan kerana mendapati masih ramai ibu bapa yang tidak mengamalkan urutan bayi kerana kurang kesedaran mengenai kebaikannya walaupun kajian mendapati jumlah berkenaan meningkat dari 48 peratus pada 2003 kepada 56 peratus pada 2007.
Urutan juga meningkatkan kadar gastrin dan mengeluarkan lebih banyak insulin dan seterusnya membantu penyerapan khasiat pemakanan lebih baik. Khasiat yang diperoleh bayi menjadikannya lebih sihat dan cepat membesar. Urutan juga boleh mengurangkan tekanan ke atas bayi yang sukar tidur dan kerap menangis.
Usaha berkenaan dilakukan kerana mendapati masih ramai ibu bapa yang tidak mengamalkan urutan bayi kerana kurang kesedaran mengenai kebaikannya walaupun kajian mendapati jumlah berkenaan meningkat dari 48 peratus pada 2003 kepada 56 peratus pada 2007.
Urutan juga meningkatkan kadar gastrin dan mengeluarkan lebih banyak insulin dan seterusnya membantu penyerapan khasiat pemakanan lebih baik. Khasiat yang diperoleh bayi menjadikannya lebih sihat dan cepat membesar. Urutan juga boleh mengurangkan tekanan ke atas bayi yang sukar tidur dan kerap menangis.
Kajian ke atas 11 bayi berusia 29 minggu yang diurut selama 20 hari, menunjukkan urutan membuatkan bayi tidur lebih lama dan jarang menangis. Ini kerana urutan selama 45 minit dapat mengurangkan pengeluaran kortisol iaitu sejenis hormon yang menyebabkan tekanan. Tekanan boleh membuatkan bayi lambat membesar dan tisu pembesaran kurang sensitif. Urutan membantu bayi yang sukar tidur, mudah ditidurkan berbanding membuai bayi.
Hakikatnya, perkembangan bayi dipengaruhi oleh ibu yang membesarkannya. Ibu yang tertekan menyebabkan bayi mereka lambat membesar dan tidak menunjukkan peningkatan dari segi keyakinan serta perkembangan sosialnya. Urutan boleh membantu bayi agar lebih peka, kurang tertekan dan lebih riang.
Berdasarkan kajian, urutan bukan saja memberikan kesan kepada bayi, tetapi mereka yang melakukan urutan. Di Barat, lima hingga 26 peratus warga emas mengalami tekanan. Urutan dapat mengurangkan tahap keresahan, gejala tekanan, tidur lebih lama dan kurang lawatan ke klinik selain meningkatkan keyakinan diri mereka.
Urutan adalah cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan dan mengeratkan ikatan ibu dan bayi. Berapa kali sehari tidak penting kerana anda perlu melakukannya dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa. Sambil mengurut bayi, pastikan anda melihat matanya sambil berkomunikasi dengannya.
Manfaat urutan bayi
- Membantu melegakan pernafasan, peredaran darah dan penghadaman.
- Menjadikan tidur bayi lebih nyenyak.
- Melegakan kesakitan, tekanan dan keresahan.
- Melegakan angin dan kolik.
- Membantu proses pemulihan dengan memudahkan penghadaman.
- Menjadikan bayi peka dengan sentuhan kasih sayang.
Manfaat urutan bayi pramatang
Analisis global daripada 19 data kajian mendapati 72 peratus bayi menunjukkan kesan positif seperti:
Analisis global daripada 19 data kajian mendapati 72 peratus bayi menunjukkan kesan positif seperti:
- Peningkatan berat badan yang baik sebanyak 47 peratus.
- Perkembangan lebih baik.
- Lebih aktif.
- Lebih peka dan menunjukkan tindak balas.
- Keluar hospital 6 hari lebih awal (mengurangkan kos pembiayaan hospital).
No comments:
Post a Comment