Friday, April 16, 2010

Sucikan hati..

Berkata Imam Al-Ghazali:

Carilah hatimu di tiga tempat; temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran,tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Andai tidak jua kau temuinya, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak temui juga,maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati



Kata-kata ini saya petik dari tulisan Ustaz Pahrol di dalam majalah Anis keluaran Disember 2008. Betapa,setelah membacanya saya sedar..saya sendiri banyak lalai ketika melakukan ibadah..samada ketika membaca al-Quran,mahupun ketika solat..nikmat khusyu' dalam solat dan membaca al-Quran semakin kurang dirasa jika nak dibandingkan masa zaman belajar dulu.


Selalu saya dengar,sekiranya hati sedang gundah-gulana..bacalah al-Quran.Kerana dengan membaca al-Quran hati akan menjadi tenang.Ini bukan omong kosong. Ini bukan kata-kata dusta. Tapi ini hakikat. Ini kenyataan,percayalah..kalamullah tentu dapat melembutkan hati yang rawan. Mungkin anda juga pernah mendengar,kajian yang menyatakan air yang dibacakan dengan kalamullah akan membentuk cas-sac positif pada air itu. Sebab itu apabila ada majlis-majlis bacaan Yasin,ramai dikalangan kita yang membawa botol air untuk dijadikan air Yasin. Pokok yang ditaman dan diperdengarkan dengan bacaan al-Quran akan tumbuh subur berbanding pokok yang mendengar lagu-lagu rock yang menyesakkan. Inikan pula hati manusia. Yang dimiliki oleh Yang Maha Memiliki. Dia berkuasa Membalikkan hati2 kita jika Dia kehendaki. Berdoalah semoga Allah menetapkan hati2 kita,untuk terus berpegang teguh dengan taliNya..terus berada di jalanNya dan ditetapkan iman kita kepadaNya.


Daripada Abu Hurairah ra berkata: Bersabda Rasulullah saw; Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), Dan ia akan kembali asing pula. maka beruntanglah orang-orang yang asing - H.R. Muslim


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...