Tuesday, April 13, 2010

ceriakan hari anda!!!

Untuk kembalikan tenaga positif sebab kalau berfikir negatif nie boleh melemahkan kita..


Tak kira dari segi pemikiran,kelakuan, percakapan dan kesihatan sendiri…

Percaya kan ada orang yang cakap dia sakit..walaupun dah diperiksa dia sebenarnya sihat walafiat…

Sebab dia dah set mind dia yang dia sakit..so ape yg difikirkan berlaku..

so nak elakkan minda dan perasaan yang negatif tue buat tips berikut ye:


  • Ketawa — Kajian menunjukkan ketawa boleh menjadi terapi mujarab kepada emosi seseorang. Apabila kita ketawa, otak menghasilkan hormon endorfin — yang membuatkan kita berasa tenang dan selesa. Pada masa sama sistem ketahanan diri juga dirangsang menjadi lebih kuat. Orang yang ceria dan selesa dengan dirinya sendiri biasanya lebih yakin dan tenang. Banyak bukti menunjukkan individu yang ceria hidup lebih lama dan gembira. Luangkan masa menonton rancangan komedi, membaca komik kegemaran dan usah segan untuk ketawa jika melihat sesuatu yang lucu walaupun ketika itu anda bersendirian.




  • Sentuhan — Sentuhan boleh merangsang penghasilan hormon endorfin, hormon pertumbuhan dan dehidroepiandrosteron (DHEA) yang memanjangkan jangka hayat dan mengurangkan kesan negatif tekanan. Kajian menunjukkan pesakit yang sering mendapat sentuhan keluarga atau orang tersayang sembuh lebih cepat. Malah bagi lelaki, berkahwin atau mempunyai pasangan hidup didapati lebih bahagia, kurang mengalami tekanan dan mempunyai jangka hayat lebih panjang.
    Justeru, jangan kedekut memeluk pasangan dan anak sebagai tanda kasih sayang kerana anda juga terkesan. Jika anda mendengar masalah orang lain, pegang tangannya supaya dia tidak berasa keseorangan.




  • Rangsang ‘hormon remaja’ anda — Tiada pil hormon untuk awet muda, sebaliknya ia boleh dilakukan dengan mudah iaitu melalui senaman. Senaman semudah dan seringkas berjalan kaki selama 30 minit sehari boleh melancarkan aliran darah yang membuatkan anda lebih bertenaga, cergas dan sihat. Banyak kajian membuktikan senaman adalah ubat paling berkesan untuk menjauhkan kita daripada penyakit. Ingat, penyakit adalah penggerak paling berkuasa untuk mempercepatkan proses penuaan.
    Jika tidak mampu melakukan senaman selama 30 minit untuk satu sesi, bahagikan senaman anda kepada dua atau tiga sesi. Jangan sayang menggunakan lemak yang bertahun-tahun terkumpul dalam badan anda kerana semakin lama ia semakin sukar dipecahkan dan hanya menyukarkan pergerakan anda!




  • Amalkan pernafasan yang dalam dan perlahan — Ia sama seperti teknik pernafasan ketika melakukan yoga, tai chi, qi gong dan meditasi. Caranya, tarik nafas hingga masuk ke perut (perut anda akan terasa kembung dan seolah-olah berisi udara), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Lakukan pernafasan ini setiap kali anda berasa tiada semangat, gelisah, cemas atau dalam keadaan tidak selesa. Ada pendapat mengatakan, pernafasan yang baik boleh membantu menyingkir bahan buangan daripada badan kerana dianggarkan kita hanya menyingkir 30 peratus bahan toksik daripada badan melalui air kencing dan najis.




  • Aromaterapi — Adakah anda ingat bagaimana perasaan anda ketika di spa dengan aroma yang menenangkan perasaan? Sejak dulu lagi aromaterapi digunakan secara tradisional untuk meredakan tekanan. Kajian mendapati apabila kita merangsang saraf olfaktori dalam hidung, kita mengaktifkan sistem limbik pada otak yang dikaitkan dengan emosi dan ingatan. Beli minyak aromaterapi yang boleh membuatkan anda rasa tenang seperti jasmin atau minyak kayu putih.




  • Beli bunga untuk hiasan meja — Tahukah anda kenapa orang menghadiahkan bunga kepada pesakit? Warna bunga yang menarik memberi kesan kepada emosi; ia boleh memperbaiki emosi pesakit dan mengelak mereka berasa tertekan. Satu kajian mendapati dalam tempoh lima minit menaip tugasan, individu yang duduk di sebelah jambangan bunga berasa lebih tenang berbanding individu yang ditempatkan di sebelah jambangan berdaun saja.
    Jadi apabila anda rasa kurang bersemangat, hadiahkan diri sendiri setangkai atau sejambak bunga yang ceria warnanya. Lebih baik jika bunga berkenaan juga harum untuk memulihkan semula emosi dan semangat anda.



  • Senyum — Sedekahkan senyuman kepada semua orang yang anda temui. Senyuman yang tidak memerlukan sebarang modal ini bukan saja membuatkan orang lain berasa gembira, malah anda juga mendapat kesan positif sama.

  • No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...